Ringkasnya Makna Shahadah

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

وأشهد أن محمداً رسول الله

“dan saya menyaksikan bahawa Muhammad itu Rasul ALLAH” ialah

.

1. تَصْدِيقُهُ بِمَا أَخْبَرَ،

Membenarkan segala yang baginda khabarkan, yakni _"saya menyaksikan, bersumpah, mengetahui, meyakini, mengakui, mensabitkan bhw segala Nabi Muhammad yang bawa datang semuanya benar_

Sekiranya ada sesuatu aqidah, hukum, Sunnah, berita ghaib yang seseorang itu tidak mempercayainya maka ia kafir musyrik murtad. 

٢. وطاعته فيما أَمَرَ،

Mentaati segala yang baginda suruh dan wajibkan, yakni _"saya menyaksikan, bersumpah, mengetahui, meyakini, mengakui, mensabitkan bhw segala yg diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw adalah wajib ditaati tanpa berdolak dalik atau memilih-milih_

٣. واجتناب ما نَهَى عَنْهُ وَزَجَرَ عليه الصلاة والسلام،

Menjauhi apa sahaja yang baginda larang dan cegah, yakni _"saya menyaksikan, bersumpah, mengetahui, meyakini, mengakui, mensabitkan bhw segala yang dilarang dan diharamkan oleh Nabi Muhammad adalwah wajib dijauhi dtinggalkan_

٤. وأَلَّا ُيُعْبَدَ اللهُ إِلَّا ِبشَرِيْعَتِهِ التي جاء بها عليه الصلاة والسلام، لا بالهوى ولا بالآراء ولا بالبدع، هذا هو معنى شهادة أن محمداً رسول الله.

Tidak disembah ALLAH melainkan dengan syariat yang dibawa datang oleh Nabi saw, bukan dengan emosi, pendapat akal manusia atau bid’ah (rekaan).

 Inilah makna shahadah Muhammad itu rasul Allah

Biasanya yang keempat ditulis dengan ungkapan

أَلَّا يُعْبَدَ اللهُ إلَّا بِمَا شَرَعَ

(mengi’tiqadkan bahawa) Tidak disembah ALLAH melainkan dengan apa yang ALLAH syariatkan, yakni sebagaimana yang Nabi sunnahkan, bukan dengan emosi, pendapat akal atau bid’ah (rekaan). Inilah makna shahadah Muhammad itu rasul Allah. 

yakni _"saya menyaksikan, bersumpah, mengetahui, meyakini, mengakui, mensabitkan bhw segala ibadah hanyalah yang ditunjukkan dan disyariatkan oleh Nabi saw, apa yang tidak disyariatkan oleh Nabi maka itu batil dan bukan ibadah yang benar, batil, bid'ah dan tidak harus dilakukan._

Kebanyakan manusia yang mengaku muslim merekacipta ibadah, bertaqlid buta kepada orang terdahulu, atau kepada tokoh-tokoh, tidak beribadah dengan ibadah yang diajarkan oleh Nabi saw. Dicipta pelbagai jenis solat rekaan, upacara-upacara, perayaan-perayaan, zikir-zikir batil, doa-doa dan selawat-selawat palsu. Ditakuti shahadah mereka tidak sah. Hatta azan pun ditambah-tambah dengan pelbagai bacaan bid’ah sebelumnya dan selepasnya. 

Kesimpulannya, wa ashhadu anna Muhammad Rasul Allah bermaksud “saya bersumpah mengakui kerasulan Muhammad dan Sunnah yang dibawanya, bersumpah untuk mengikuti sunnahnya, menjauhi segala bid’ah, tidak akan melakukan sebarang bid’ah dan tidak akan mencipta sebarang bid’ah dalam agama.”

 Sekiranya tidak, shahadah terbatal dan tidak sah. 

Ramai yang mencipta bid’ah atau melakukan bid’ah kerana tidak mengetahui tafsiran ke 4. 

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments