Hukum Patung dan Jersey Salib

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi




Semata-mata patung haram dalam Islam, kecuali patung mainan kanak-kanak dan itupun memerlukan perincian dan masih diperselisihkan. Ini semata-mata patung, bagaimana dengan berhala, dan di rumah ibadat kafir pula? Sudah tentu seorang Muslim tidak sepatutnya menzahirkan keseronokan di tempat seperti itu dengan bergelak ketawa dan bergambar.

Kita tidak bercakap tentang hukum ke gereja, kuil, dan sebagainya. Kita bercakap tentang ketiadaan atau kekurangan sensitiviti terhadap kemungkaran dan kesyirikan. Jika ke sana untuk berdakwah atau atas apa-apa urusan yang syarii, maka buatlah sekadar perlu. Kalau perlu bergambar untuk rekod, simpan sahaja, tanpa perlu menimbulkan fitnah kepada masyarakat seolah-olah syirik agama lain itu boleh diambil remeh (dan khurafat serta syirik oleh ahli kiblat sahaja yang perlu diperangi habis-habisan). Ini bukan perkelahan di tepi pantai. 

Ini satu kes, dan ia masih baru. Kes lama dan berleluasa, bergambar dengan patung tugu dan ke candi untuk berlibur. Juga memakai jersi pasukan bola yang berlambang salib atau syaitan. Nabi ṣalla Allāh ‘alay-hi wa-sallam dulunya mematahkan setiap benda berupa salib di rumahnya dan memerintahkan supaya setiap patung dihancurkan, dan kita pada hari ini berbangga memakai jersi berlogo salib dan gembira bergambar di samping patung.

Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan semua kemungkaran ini.

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments