Beberapa Kaedah Naiknya Pemimpin Menurut Ibni Kathir

 OLEH: Zulfikar Egar


Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah. Ada beberapa kaedah pemimpin itu naik:

1) Melalui wahyu - Contoh: pelantikan Saidina Abu Bakar R.A (menurut sebahagian ulama).

2) Melalui wasiat - Contoh: pelantikan Umar al Khattab R.A (Konsep monarki juga begini)

3) Melalui Syura - Contoh: pelantikan Saidina Uthman bin Affan R.A

4) Ahlul hal wal aqdi (sekelompok manusia yang memiliki kedudukan dalam urusan agama dan akhlak serta kemampuan dalam melihat kondisi dan mengatur umat).

5) Rampasan kuasa Dan LAIN-LAIN yang tidak syarie - (Demokrasi terletak dalam point ke-5  ini).

Tidak kira walau apa jua kaedah pun pemimpin itu naik. Semua wajib taat pada perkara yang makruf selagi pemimpin itu:

1) Muslim

2) Mendirikan solat.

3) Tidak nampak kufur yang jelas.

4) Dan jika nampak kufur yang jelas, kena pastikan ada kemampuan dan bilangan untuk keluar menentang berdasarkan maslahah.

Itulah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Taat kepada pemimpin yang sah adalah aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Di mana kita taat kepada pemimpin Muslim, sama ada dia naik dengan cara yang syarie (pemilihan, Syura, ahlul hal wal aqdiy)  atau dengan cara yang tidak syarie (seperti rampasan kuasa, pilihanraya demokrasi dan lain-lain).

Justeru tak timbul walaupun sistem demokrasi itu bukan sistem yang berasal dari Islam. Tapi tetap kita disuruh taat dengan pemimpin yang terpilih dengan demokrasi. Seperti yang dinyatakan di atas.

Lihatlah sejarah Islam yang terdahulu.

Bukankah ketika Kerajaan Bani Abbasiyah menggempur dan merampas kuasa dari kerajaan Bani Umayyah. Para tabiin tetap taat dan tidak memberontak.

Begitulah jua dengan kerajaan naik dengan cara demokrasi kini. Walau apa cara sekali pun pemimpin itu naik. Tetap taat pada perkara yang maruf.

Jika ada juga yang tetap nak menafikan.Tanya padanya;

Adakah dia berani mengatakan Ali bin Abi Tolib -رضي الله عنه- bukan seorang Khalifah, kerana melihat kepada cara lantikan beliau pada ketika itu. 

Zaman yang penuh pergolakkan?

Wallahualam.

*Disusun kembali dari ulasan Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal & Ustaz Adi Mohd Saad (2019)



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments