Nikmat Dicabut

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Sebab mengapa suatu nikmat dicabut

Jika Allah ﷻ memberi suatu nikmat kepadamu lalu Dia mencabutnya daripadamu maka ketahuilah bahawa Dia ﷻ tidak mencabutnya daripadamu kerana Dia bakhil atau kerana Dia mengutamakan diriNya sendiri berbanding dirimu.

Sebaliknya andalah penyebab nikmat itu dicabut. 

Firman Allah ﷻ: 

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرٗا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ.

“(Balasan) yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

[Al-Quran, al-Anfal, 8:53]

Yakni mereka ubah nikmat yang Allah ﷻ telah kurniakan kepada mereka dengan perbuatan dosa dan maksiat yang menyebabkan nikmat itu dicabut daripada mereka. 

Ini bererti bahawa tiadalah nikmat Allah ﷻ dicabut melainkan kerana perbuatan maksiat. 

Pentingnya bersyukur di samping tidak menggunakan nikmat-nikmat Allah ﷻ pada jalan-jalan maksiat. 

[Ibnu al-Qayyim, Tariq al-Hijratain] 


CATATAN 

Terima kasih atas doa-doa dan ucapan-ucapan baik yang disampaikan oleh para ikhwah sempena perkahwinan anak perempuan tempoh hari. Jazakumullahu khaira.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments