Saidina Ali Membenci 3 Khulafah Ar-Rasyidin?

 OLEH: Taufiq Tuah



Tuduhan dari beberapa golongan (Syiah terutamanya) telah mengatakan bahawa Saidina Ali radhiallahuanh membenci 3 Khulafah Ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakr, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Sungguh keji tuduhan ini!

1. Baginda menamakan anaknya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mana mungkin baginda memilih nama-nama mulia ini jika baginda membenci penama-penama ini. Tidak seperti Syiah yang sangat 'alergic' dengan nama-nama ini.

2. Anaknya (Saidina Ali) yang bernama Ummu Kalthum, bernikah dengan Saidina Umar Al-Khatab. Jika benar Saidina Ali membenci Saidina Umar, mengapa dikahwinkan anaknya dengan Saidina Umar?

3. Baginda Saidina Ali juga mengambil anak Abu Bakar As-Siddiq (yang bernama Muhammad) sebagai anak angkatnya. Sekali lagi, kenapa baginda nak ambil anak Saidina Abu Bakar, jika betul mereka saling membenci?

4. Saidina Ali juga mengahwini balu Saidina Abu Bakar iaitu Asma binti Umais.


Maka terbuktilah bahawa tidak ada sebarang sifat benci sesama Khulafah Ar-Rasyidin.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments