OLEH: Dr Idris Sulaiman
- Takut, berharap, cinta
Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ.
Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf'), berharap (al-rajaa') dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ.
Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ.
Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat Allah ﷻ serta kurniaanNya.
Adapun rasa cinta, ia akan membuatkan hati orangnya terbuka menerima perintah-perintah Allah ﷻ serta larangan-laranganNya.
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment