OLEH: Taufiq Tuah
Menjelang hampir Ramadhan ini, Anti Hadith mula sebar ajaran bahawa ibadah puasa tiada di dalam Al-Quran.
KESESATAN SATU
Mereka kata perkataan 'Saum' di dalam Al-Quran bukan bermaksud puasa tetapi bermaksud 'menahan'. Jadi puasa tak wujud. Ini alasan yang murid sekolah rendah bawah JAIS pun boleh bantah.
BANTAHAN
Saya antara yang sempat bersekolah agama JAIS dan ada subjek Feqah dalam silives. Dengan mudahnya kami diajar memahami sesuatu perkataan melalui dua segi.
1. Dari segi bahasa
2. Dari segi istilah
Saum dari segi bahasa memang menahan. Tapi dari segi istilahnya, "Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari".
Kenapa anti hadith menyembunyikan makna perkataan ini dari segi istilah? Supaya mudah nk kelentong pengikutkan?
Wahai anti hadith, jika begitu permainan kotornya maka sedekah pun tiada dalam Al-Quran. Kerana sedekah asal dari perkataan 'Sadiq' yang bermaksud 'benar'. Jadi tiada perbuatan sedekah.
Malah 'Al-Quran' juga sebenarnya namanya bukan 'Al-Quran' tetapi diambil dari perkataan 'Qaraa' iaitu 'baca'. Jadi kenapa masih baca Al-Quran yang salah nama dalam sifir kalian ini?
KESESATAN DUA
Puasa ialah ibadah Ulama Islam ambil dari agama Hindu dan Zoroastrian. Berpuasa untuk dewa Rama dan dewa Dan. Jadi tiada puasa.
BANTAHAN
Astaghfirullah. Ibadah puasa ini telah disuruh oleh umat-umat sebelum umat Muhammad.
“Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan juga kepada orang-orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (al-Baqarah: 183)
Bulan Ramadhan jauh sekali diambil sempena nama dewa hindu tetapi nama bulan tersebut disebut oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran, Al-Baqarah ayat 185.
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi hidayah bagi seluruh manusia dan menjadi bukti-bukti yang nyata yang menjelaskan hidayah dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Maka sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka hendaklah dia mengganti sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah mahukan kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu sempurnakan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah di atas apa yang Dia tunjukkan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.
Semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayah.
Comments
Post a Comment