OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Sudah mula muncul bibit-bibit pluralisme dalam agama oleh sebilangan pihak. Bagi mereka tidak mengapa sekiranya ingin menziarahi kuil, gereja dan tokong tanpa apa-apa tujuan.
Hanya sekadar inginkan keharmonian dalam bermasyarakat.
Hakikatnya para sahabat dan generasi awal di zaman Rasulullah yang jauh beribu kali lebih kukuh keimanan mereka, mereka tidak akan masuk ke rumah-rumah ibadah bukan Islam tanpa sebab.
Kisah Umar al-Khattab masuk gereja dicanang-canang membuktikan Umar pun masuk gereja, sedangkan pada hakikatnya Umar al-Khattab memasuki gereja dengan bersebab, bukan saja-saja masuk ke gereja.
Tidak kedengaran sebelum itu, Rasulullah masuk ke rumah-rumah ibadah agama lain sekalipun bangsa Yahudi berada di bumi Madinah.
Bahkan disana terdapat kalam Umar didalam Sahih al-Bukhari yang menyebutkan:
'Sesungguhnya kami tidak akan masuk ke gereja-gereja kamu kerana disana terdapat patung-patung dan gambar-gambar".
Jikalau Umar al-Khattab yang mana hadith menyatakan:
والذي نَفْسِي بِيَدِهِ ، مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ قَطُّ سَالِكًا فَجًّا إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ ) .
" Demi jiwaku yang berada didalam tanganNya, tidaklah syaitan akan melalui jalan melainkan jalan yang engkau( Umar ) tidak lalui" ( HR Bukhari)
Membuktikan bahawa syaitan pun takut dengan Umar.
Namun begitu tiada riwayat berkenaan Umar al-Khattab masuk ke gereja secara saja-saja.
Adakah iman manusia pada zaman kini lebih kukuh berbanding Umar al-Khattab?
Fikir-fikirkanlah.
Comments
Post a Comment