Semak Kisah Suami Suka Jemput Tetamu dan Hadis Tetamu Bawa Rezeki

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Tular di media sosial kisah dan hadis di bawah:

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah ﷺ perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah ﷺ. Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu dia pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya “Siapakah tetamu itu?” Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah ﷺ. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ hendak pulang baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya agar melihat ke pintu apabila baginda keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah ﷺ keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah ﷺ. Dia sangat terkejut lalu Rasulullah ﷺ berkata kepadanya “Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذا أرَادَ الله بِقَوْمٍ خَيْراً أهْدَى إلَيْهِمْ هَدِيَّةً. ‌الضَّيْفُ ‌يَنْزِلُ ‌بِرِزْقِهِ وَيَرْتَحِلُ وَقَدْ غَفَرَ الله لأهْلِ المَنْزِلِ.

“Jika Allah menginginkan kebaikan buat satu kaum nescaya diberikan kepada mereka hadiah. Tetamu datang membawa rezeki lalu pulang sesudah Allah mengampuni buat keluarga tuan rumah.”

-------------------

Kisah di atas tidak bersanad sama sekali daripada Nabi ﷺ dan tiada mana-mana ulama yang menyebutnya.

Zahirnya kisah ini adalah rekaan semata-mata.

Hadisnya pula adalah daif, tidak sabit daripada Nabi ﷺ.

Rujukan: https://islamqa.info/ar/answers/271842/قصة-المراة-التي-جاءت-تشتكي-زوجها-لرسول-الله-صلى-الله-عليه-وسلم-من-كثرة-الضيوف-وعن-قوله-الضيف-ينزل-برزقه

Semak hadis sebelum sebar.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments