Ayat Suci Di Atas Keris

 OLEH: Taufiq Tuah

Sejak dahulu, telah menjadi tabiat nenek moyang kita meletakkan ayat suci di atas keris. Ayat suci berupa ayat Al-Quran mahupun zikir di tempa timbul, diukir lorek atau dituang besi di atas bilah. Tak lupa juga yang mengukir di sarung keris.

Adakah boleh dilakukan demikian?

1. Nabi tak melakukannya. Namun, ada para sahabat yang meletakkan ayat² suci di atas pedang mereka. Dari sini diketahui ia harus jika hanya sekadar hias dan tiada tujuan lain.

2. Kebanyakan orang Melayu meletakkan ayat² ini sebagai wafak dan azimat. Agar dipermudahkan pengendalian keris atau juga menambah kemahiran pertahan diri. Ini sama sahajalah sifatnya dengan takal yang membawa kepada syirik.

3. Termasuk juga yang hanya meletakkan huruf² atau nombor² tertentu menurut jadual wafak, maka hal ini termasuk di dalam syirik. Syirik hukumnya berdosa besar.

4. Maka saya secara peribadi tidak menggalakkan tulisan² ini dibuat di atas keris kerana telah tersangat sinonim dengan kesyirikan. Sehinggalah telah sampai ilmu kepada masyarakat bahawa ayat itu hanyalah ayat dan tiada keistimewaan lain padanya.

5. Jika saya berhusnuzon, mungkin sahaja moyang² kita dahulu pada awalnya mengukirkan ayat suci di keris mereka sebagai alat pembakar motivasi. Perbuatan ini harus. Mungkin sahaja generasi yang akan datang yang menafsirkan perbuatan mereka secara melulu kemudiannya melarat menjadi wafak, takal dan azimat seperti hari ini.

6. Ini belum masuk tajuk adakah darah itu najis atau tidak. Iaitu mengikut pandangan ramainya ulama di dalam mazhab syafie, hukumnya najis.

7. Buktinya generasi kini telah mula bersyirik menggunakan keris. Sampaikan mereka membuat replika wafak bersaiz kecil juga berbentuk keris.

Wabillahi taufiq.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI






Comments