Eksperimen Dakwah: Komik

 OLEH: Taufiq Tuah


Dulu aku start akaun² dakwah ni masa zaman belajar. Berbekalkan Samsung Galaxy Young berandroid Ginger Bread masa tu, aku download apps 'Blogger' untuk mengumpulkan penulisan dan memudahkan akses semua platform. Apps ni pun dah takde skrang.

Walaupun dari henset kecil itu, sebenarnya banyak kaedah dakwah yang boleh diterokai. Jadi aku bereksperimen dengan semua kaedah yang mampu.

Ada yang guna infografik, videografik, short post dll. Tapi ada satu kaedah masa tu aku cuba agak asing iaitu, buat komik ala Lawak Kampus tapi selit dakwah.

Tujuan Eksperimen: Mengenal pasti apakah kaedah terbaik dalam menarik anak muda mendekatkan diri dengan dakwah.

Aku dengan zero ilmu buat komik pun buat lah guna apps 'Sketch' (mcm 'Paint') dekat henset. Beberapa strip komik pun siap. Akhirnya keputusan eksperimen pun siap.

Kebaikannya: 

1. Orang mudah nak baca dan scroll.

2. Mudah menarik perhatian

Keburukannya:

1. Mudah tergelincir dengan kesalahan 'melukis makhluk hidup'.

2. Tak cukup ruang meletakkan dalil panjang yang penting.

3. Jika letak juga dalil panjang, pembaca akan skip dan terus baca strip seterusnya.

Aku pun fikir. Kan zaman nabi ada kertas dan alat tulis. Kenapa komik bukan kaedah dakwah nabi dan para sahabat? Padahal, lukisan grafik digunakan pelbagai tamadun sebelum lahirnya Rasulullah pun untuk menceritakan peradaban dan berhibur.

Tapi kenapa nabi dan para sahabat tak guna kaedah lukis ni untuk dakwah? Plus, nabi dan para sahabat ada je buat cara² lain dalam dakwah. Contohnya ada para sahabat yang bersyair dan pastilah ada yang bersyarah.

Kita teruskan je lah cara menulis atau bervideo ceramah atau lain². Masuk dalam 'kelalaian' masyakat untuk berdakwah tak pun beri impak yang sepatutnya baik.

Sama juga ada berkonten konon nak masuk dalam 'game online' untuk berdakwah. Jika Rasulullah masih ada, adakah Rasulullah akan berbuat hal demikian?

Orang muda yang betul mencari ilmu, mereka tak akan sibukkan diri mencari komik² islami atau usrah² dalam game online. Pastilah mereka mencari guru dan bertalaqi kitab dengan disiplinnya.

Kesimpulan eksperimen: Komik Islami ialah cara dakwah yang gagal kerana tidak dapat mengisi dalil dan hujah penting dalam lakaran. Mungkin dapat menaikkan engagement, tapi tetaplah tujuan dakwah bukanlah untuk menghitung view dan like. Paling penting ialah apabila sampai konten itu pada seseorang, penerima akan mendapat manfaat ilmu, dalil dan penghujahan yang baik.

Aku tak nafi, yang buat konten komik dekat sosmed ni memang ramai dan femes. Komik islamik pun ramai.

Tapi banyak sangat hal yang kalau aku silap, tergelincir jauh. Apatah lagi kalau aku lukis, walaupun awalnya aku lukis tanpa mata. Tapi kalau konten aku boleh buat duit dan aku nak rasa perlu upgrade bubuh mata, bukan ke tu ujian besar untuk aku pilih antara duit konten atau prinsip?

Kalau dah buat komik, pastinya tak dpt lari dari tergelincir dlm troll komik. Padahal troll mcm tu pun bukan kaedah matang dalam dakwah.

Haih fikir² memang banyak problem mat.

Last² aku delete komik² tu. Aku rasa nak kejar perhatian 'orang muda' dengan cara 'if you cant beat them, join them' ialah sangat useless.

Frasa yang lagi tepat bagi melawan frasa "if you cant beat them, join them" ialah 

"Katakanlah (Muhammad) sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku (Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu" 3:31.




[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments