Ibn Kathir Menyokong Maulid Nabi?

 OLEH: Taufiq Tuah

Ketika sedang duduk mengurut kaki agar tidak sesemut ketika khutbah Jumaat, telah terdengar sebaris ayat yang berbunyi,

".... Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja Muzaffar yang telah menyambut majlis kelahiran Nabi SAW secara besar-besaran dengan berkata: “Bahawa Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada bulan Rabi’ul Awwal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran....""

Ayat ni seolah-olah memberi tahu Ibn Kathir dah pun 'endorse' menyambut Maulid Nabi. Tapi, kita juga nampak yang hujah ini sangat dangkal apatah lagi skrip juga jelas diambil dari Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah. Btw, ni kat Selangor.


1. Tiada sebarang pujian dari Ibn Kathir di dalam 'statement' tersebut. Ibn Kathir pun tak cakap "halnya baik" atau "halnya bagus" atau "halnya terpuji". Jelas Ibn Kathir hanya menyatakan Raja Muzaffar (iaitu raja di Irbil) menganjurkan mawlid sahaja tanpa diulas kebaikkan perbuatan itu.

Tapi aku akui pada sambungan ayat, Ibn Kathir ada sambung dengan menjelaskan keberanian Raja Muzaffar (Raja Irbil) itu.


2. Dah memang kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah tu kitab Sirah. Jadi Ibn Kathir merekodkan segala peristiwa yang diketahuinya dengan amanah. Dia hanya merekod dan belum pun berfatwa apa-apa dari sebaris ayat itu. Dah namanya pun kitab sirah.


3. Tapi di dalam kitab yang sama, Ibn Kathir telah berkata tentang kezaliman Raja Irbil (Raja Muzaffar) itu.

Raja Mosul, Raja Sanjar, Raja Irbil, dan bersama mereka anak saudaranya, al-Zaahir, yang merupakan Raja Halab (Aleppo), serta Raja Rom (ar-Rum), saling membantu untuk menentang al-Adil, memeranginya, dan merampas pemerintahan dari tangannya. Raja Rom, Khasro bin Qeelij Arsalan, memberi arahan kepada mereka. Mereka mengirim pesan kepada al-Karj untuk datang mengepung Khilaat (sebuah kota). Raja al-Awhad bin al-Adil juga berjanji untuk membantu melawan al-Adil. Saya (Ibn Katheer) berkata: Ini adalah kezaliman dan kesalahan yang dilarang oleh Allah. [al-Bidayah wal Nihayah 12/82]

Adakah patut mengambil contoh dari seorang Raja Irbil yang zalim?


4. Asy Syekh Bakhit Al Muti'iy, seorang mufti dari Mesir, dalam kitabnya Ahsanul Kalam (hal.44) juga menyebut, yang pertama kali mengadakan enam perayaan maulid, salah satunya adalah Maulid Nabi adalah Al Mu'izh Lidnillah (keturunan Ubaidillah dari Dinasti Fatimiyah) pada 362 Hijrah.

Maka jelas yang pertama meraikan dan mengadakan perayaan Maulid Nabi ialah dari kerajaan Syiah Fatimiyah.


5. Nak tahu apa kata Ibn Kathir tentang Fatimiyah?

"Fatimiyyah merupakan para khalifah yang paling kaya raya dan makmur, serta yang paling sombong, zalim, dan menindas dari semua. Raja-raja mereka mempunyai sejarah paling kotor dan hati yang paling jahat. Banyak bidaah dan amalan yang tidak dapat diterima muncul dalam kerajaan mereka, dan keburukan bertambah." [Kemudian datanglah tahun 567H, Al-Bidayah wan-Nihayah, jilid 12, halaman 347]

Kesimpulannya: Bak kata Dr Idris Sulaiman, "mereka akan ambil cedok kata sesiapa sahaja untuk menghalalkan hal ini (maulid nabi) kecuali kata² dari Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam"

Manakan tidak, kerana tiada pun kata² dari Rasulullah yang menghalalkan hal itu. Wabillahitaufiq




[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments