Rasta Berjubah

 OLEH: Taufiq Tuah

Ada lah masa perjalanan nak cari parking, ada seorang penunggang motor berjubah putih bertopi rasta lalu. Sekali imbas nampak normal. Sebab bukan kali pertama nampak orang pakai macam tu. Dah tu apa problem nya?

Mungkin ramai tak tau yang rasta tu sebenarnya ialah agama. Ya, nama glamour dia ialah Rastafari yang dipercayai muncul sekitar 1930-an. Diorang sembah tuhan yang bernama 'Jah' (bukan Ummu Jah yang GISBH tu).

Malah, nyanyian 'Reggae' ialah sebahagian dari acara agama mereka. Antara penganut agama ni paling famous ialah Bob Marley. Warna kuning, hijau dan merah ialah warna agama Rastafari.

Mungkin saja 3 warna ini diserap dari budaya afrika sendiri. Topi rasta atau namanya Tam atau Rastacap juga digunakan ketika aktiviti ritual mereka.

Ingin diingatkan hadith

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031)]

Rasanya masyarakat kita agak sensitif bila kita pakai topi macam Yahudi. Malah jadi perbincangan juga di surau² berkenaan topi yang ada piring. Juga tak lupa yang larang pakai kopiah tapi sengaja nampakkan jambul sebab dah serupa Yahudi pakai 'Kipah'.

Sensitiviti yang sama sepatutnya kita bawa dalam isu topi rasta ni. Termasuk juga kopiah yang ada warna gabungan rasta ni sepatutnya tidak diragakan.

Cadangan: Pakai je kopiah yang macam² warna lain. Songkok kita pun cantik². Serban dan Shimagh pun boleh pakai. Tanjak ke Belangkon ke. Pointnya ialah, banyak lagi penutup kepala lain yang unik dan cantik kita boleh peragakan.



P/S: Adapun warna Merah, Kuning, Hijau juga di 'claim' sebagai warna Melayu. Dakwaan ini diikuti dgn bnyknya logo kumpulan ayahnda dan kumpulan silat yg menitipkan 3 warna ini.

Saya tak pasti apakah yg membuatkan 3 warna ini dikaitkan dgn Melayu. Tp saya ada dua pandangan.

1. Logo Rejimen Askar Melayu bermula 1933 juga ada warna ini. Mungkin menjadi bukti perjuangan ketika itu.

2. Bendera Kesultanan Langkat yg muncul sejak 1568 merupakan kesultanan Melayu. Di bawah ialah bendera Kesultanan Langkat

Namun ttp sahaja ada garis pemisah antara kegunaan Melayu dengan kegunaan Rastafari. Malah maklum jika seseorang itu memakai kerana ia tanda terpengaruh dgn Rastafari atau kerana ia rona2 Melayu.

Pandangan peribadi saya, Melayu tak perlukan apa2 warna bg mewakilinya. Apatah lagi setiap kesultanan ada warna masing2 dan tiada yg 'ijma' dlm menentukan warna kaum Melayu.

Wabillahitaufiq



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments