OLEH : Taufiq Tuah
Dalam beberapa tahun ni, banyak NGO dan kumpulan dakwah yang kempenkan tentang 'Sedekah Subuh'. Macam² lah fadhilat dan kelebihan. Seolah-olah istimewa sedekah subuh berbanding waktu lain.
Banyak juga hadis yang dikemukakan. Namun yang sahih hanyalah hadis,
:مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.
Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)
Daripada hadis ini, ramai yang salah faham. Sebenarnya tidak ada disebutkan infaq itu mesti waktu subuh. Malah doa malaikat itu juga difahami termasuk juga yang infaq pada waktu² lainnya.
Jelas, sedekah waktu subuh itu sama halnya seperti sedekah di waktu-waktu lain secara umumnya. Apa yang jelas, kelebihan sedekah pada hari² yang digandakan pahala seperti hari Jumaat atau bulan Ramadhan dan lain².
Salah faham ke atas hadis tadi akhirnya ditunggang oleh ramainya kumpulan² Islam untuk meminta dana secara terbuka.
Sedangkan sedekah itu sendiri memang banyak fadhilatnya. Tak perlu dikhaskan pula untuk waktu tertentu seolah-olah menjadi sunnah baharu pula dalam syariat ini. Padahal sunnah bersedekah itu tak pernah terikat dengan waktu atau masa.
LOGIKA
Hadis yang sama juga menyebut, "Manakala malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.
Adakah malaikat mendoakan kebinasaan itu untuk orang yang tak sempat infaq waktu subuh? Berapa ramai manusia yang dapat doa kebinasaan seperti itu? Adakah adil doa itu?
Jelas maksud hadis itu ialah orang yang memang bakhil. Bukannya yang tak infaq pada waktu subuh itu. Sama halnya yang sedekah. Bukan mesti sedekahnya waktu subuh, tapi memang orangnya sentiasa bersedekah tanpa batas waktu.
KESIMPULAN
Infaq itu tiada batasan waktu. Tiada saranan khas juga yang menyuruh infaq atau sedekah subuh. Wabillahitaufiq.
P/s: Kali ni takde link nak belajar mandarin. Sebab kalau nak, tengok je kat profile. Haha
Taufiq Tuah
08.01.25 | 29.06.46
Value, Waghih
Comments
Post a Comment