OLEH : Taufiq Tuah
Antara sirah yang boleh kita 'throwback' mengenai bulan Ramadhan ialah Pembukaan Kota Mekah (Fathul Mekah). What happen? Kan Muslimin di Mekah ditekan dan berhijrah ke Madinah, maka ini ialah waktu² yg mereka pulang ke kampung halaman.
Tapi nak bgtau juga, masa Fathul Mekah ni sebenarnya Madinah dah develop. Bnyk kabilah Arab dah Islam dan dah bersekutu dgn Madinah. Muslimin dah menang Perang Khaibar. Pakatan Yahudi dan Munafik agak lumpuh.
Tapi kemajuan Madinah bukanlah asbab yg 'triggered' kpd Fathul Mekah. Tapi Fathul Mekah berlaku kerana Perjanjian Hudaibiyah dikhianati oleh Quraisy Mekah. Dikhianati macam mana?
Dalam perjanjian ini, telah ditetapkan Muslimin dengan Quraisy Mekah tidak akan berperang selama 10 tahun. Mana² kabilah Arab boleh menjadi sekutu kepada mana² 'side' antara Muslimin dengan Quraisy Mekah.
Maka antara yang bersama Muslimin ialah Bani Khuzaah manakala yg bersama Quraisy Mekah ialah Bani Bakar. Ada banyak lagi kabilah lain tapi kita nak fokus pada dua kabilah ni.
Bani Bakar dengan Bani Khuzaah sebenarnya dah lama bermusuhan. Jadi Bani Bakar nak menyerang dendam kepada Bani Khuzaah selepas dapat Quraisy sebagai sekutu mereka. Tapi sebenarnya penglibatan Quraisy ni dirahsiakan. Tapi serangan tetap berlaku.
Quraisy Mekah juga sebenarnya ialah musuh tradisi Bani Khuzaah kerana Quraisy merampas kedudukan Bani Khuzaah di Mekah. Sebelum ini, Bani Khuzaah memerintah Mekah selama 300 tahun.
Selepas serangan itu, pimpinan Bani Khuzaah iaitu Amru bin Salim terus ke Madinah mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah melihat ini satu pengkhianatan kerana sepatutnya Quraisy Mekah tak boleh serang sekutu Muslimin.
Dengan itu, dikumpulkan 10 000 tentera Muslimin di menuju ke Mekah. Pada malam hari, 10 000 unggun api sengaja dinyalakan agar orang Mekah takut dan gerun dengan ramainya tentera Muslimin. Abu Sufyan pembesar Quraisy Mekah yang patutnya bernegosiasi dengan Muslimin akhirnya masuk Islam.
Hindun binti Utbah dan Ikrimah bin Abu Jahal juga masuk Islam ketika itu. Juga peristiwa itu Islamnya Bani Syaibah. Sebelum Fathul Mekah pula, Khalid bin Al-Walid dan Amr bin al-As juga sempat masuk Islam malah bersama dalam angkatan Fathul Mekah.
Fathul Mekah pun berjalan dengan pertumpahan darah yang sangat sedikit. Kemenangan milik Muslimin. Sebenarnya cerita panjang. Tapi kita pelan² cerita lah.
Taufiq Tuah
27.02.25 | 28.08.46
Value, Waghih
Comments
Post a Comment