Apologetik yang Ekstrim


OLEH : Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya

Pada pandangan saya, tiga penyampai radio tak perlu pun nak 'put that much effort' untuk pergi minta maaf sampai ke tempat ibadat diorang. Cuma muat naik video minta maaf dah cukup untuk menggambarkan ia sebuah sikap yang bertanggungjawab. Islam larang hina agama lain tapi tak ada pun Islam wajibkan kita sampai kena pergi rumah ibadat mereka bagi tujuan minta maaf.

Kalau kesalahan tu melibatkan penghinaan ke atas peribadi, maka logik jika pergi rumah orang tersebut untuk minta maaf. 'Extremely apologetic' macam ni pun tak betul jugak. Last sekali kawan kat sebelah sana sekolahkan tiga penyampai radio tu dan seluruh Malaysia pulak dapat tonton. Timbul lagi satu episod ketidakpuasan hati yang lain dari side orang Islam.
Dan saya juga amat setuju dengan ramai sahabat-sahabat saya yang lain bahawa treatment yang dikenakan ke atas ketiga-tiga penyampai radio tersebut dilihat tak adil berbanding dengan pesalah-pesalah isu 3R yang lain yang jauh lebih jelas dan keras penghinaannya terhadap agama Islam, agama persekutuan dan perlembangaan negara.
Moga Allah sentiasa pelihara keharmonian negara ini.

Comments