Menghapus Syiar Kemusyrikan

OLEH : Mukhtaruddin Sahid

Ketika peristiwa Fathu Makkah, Nabi dengan pasukan tentera mara ke Makkah bukan sekadar bertindak balas atas pelanggaran perjanjian Hudaibiyah, tetapi baginda turut menghancurkan berhala disekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya perbuatan kesyirikan dan penyembahan berhala di Makkah. 

Begitu juga ketika Rasulullah mengetahui ada sebuah rumah di Khat'sam yang dijuluki 'Kaabahnya Yaman' atau Dzul Khalashah, maka baginda mengutus Jarir Bin Abdullah r.a dengan pasukan tentera seramai 150 pasukan berkuda untuk menghancurkan berhala tersebut. 

Kedua peristiwa tersebut menggambarkan betapa tidak tenteramnya Rasulullah dengan setiap yang disembah selain Allah sehingga baginda mengetuai dan mengutus suatu pasukan tentera untuk menghancurkan berhala berkenaan. 

Ini adalah representasi Tauhid yang perlu ada pada diri setiap muslim.

Kita pada hari ini tentu tidak memiliki kekuatan sepertimana yang pernah ada pada Rasulullah selaku pemimpin ummat. Kita tidak mampu menghancurkan apa yang disembah selain Allah dengan kekuatan pasukan dibawah panji Ulil Amri. 

Namun, itu bukan bererti kita mendiamkan diri dengan segala kemusyrikan dan penyembahan selain Allah. Bahkan, kita dituntut memaksimumkan jihad pada kadar kemampuan yang kita ada. 

Diantara ruang jihad yang wujud pada kita hari ini dan menjadi tanggungjawab kita bersama ialah berjihad dengan pena dan lisan bagi menjelaskan kebatilan penyembahan selain Allah sekaligus menyeru kepada kemurnian Tauhid. Peranan ini boleh dimainkan oleh golongan cendekiawan hatta orang awam sesuai dengan kemampuan intelek masing-masing. Berhujah dengan matang dan berhikmah, menjelaskan kebenaran dan membungkam kebatilan secara aman.

Berjihad dengan anggota badan, ialah tidak mengucapkan selamat pada perayaan mereka dan tidak menyertai apa jua upacara perayaan mereka.

Jihad dengan harta pula, ialah tidak memberikan apa jua bentuk sokongan dan bantuan kepada aktiviti kemusyrikan dan penyembahan kepada selain Allah. Tidak sama sekali - hatta satu sen pun!

Adapun bagi mereka yang memiliki wewenang kuasa pemerintahan, adalah penting bagi memastikan penyembahan kepada selain Allah diminimakan sebanyak mungkin melalui ruang lingkup birokrasi. Tidak wajar bagi sebuah negara Islam, rumah ibadat golongan musyrik bercambah seperti cendawan selepas hujan. Apatah lagi terlebih malang, rumah ibadat golongan musyrik ini dibina secara haram / tanpa kebenaran, maka lebih wajar lagi tindakan yang keras dan tegas perlu dilaksanakan oleh pemerintah/Ulil Amri. 

Saya mengingatkan perkara ini, kerana jangan kita sangka, Tauhid kita akan sempurna hanya dengan melakukan ibadah kepada Allah semata, namun dalam masa yang sama kita tidak ada kebencian dan permusuhan dengan kesyirikan dan kekufuran. 

Iman dan Tauhid akan sempurna apabila kita membenci segala kesyirikan dan kekufuran, walau apa jua situasi dan keadaan - sampai bila-bila.

Comments