OLEH : Abdullah Izzat
Jangan selesa sangat, jangan ambil mudah.
Tak kenal, maka tak benci.
Ilmu yang ṣaḥīḥ lagi bermanfaat lah yang sebenarnya melindungi kita. Kerana apabila seseorang itu dia jahil, dia terjatuh ke dalam perangkap-perangkap ideologi ini tanpa dia sedar pun. Mereka hanya ikut orang sahaja, terutamanya yang mereka percayai, dan akhirnya buat benda yang sama.
Tapi orang berilmu—yang betul-betul faham agama—Allah bagi manfaat daripada ilmu tu. Dia akan jauhkan diri daripada perkara-perkara yang bahaya. Lagi dia kenal Allah, lagi kuat dia rasa takut kepada-Nya.
Sebab itulah, mempelajari ilmu yang bermanfaat ini sangat penting—terutamanya ilmu akidah. Kita kena tahu akidah yang betul supaya kita boleh pegangnya kuat-kuat, dan kita juga kena tahu apa yang boleh rosakkan akidah supaya kita boleh elak.
Cuba tengok sahabat Nabi, Ḥudhayfah bin al-Yamān. Masa orang lain sibuk tanya Nabi s.a.w. tentang perkara baik, dia kata: “Aku tanya Nabi pasal benda-benda buruk, sebab aku takut ia akan menimpa aku.” Itu baru namanya fiqh (mempunyai kefahaman yang mendalam). Dia tak pernah rasa diri dia selamat. Dia risau benda tu boleh jadi pada dia.
Hari ini? Kita dikelilingi macam-macam fitnah, kekeliruan, orang bawa ajaran entah apa-apa, dan “influencer” yang pelik-pelik. Benda ni bukan jauh pun—depan mata kita.
Tapi masih ada yang persoalkan:
“Kenapa nak ajar tauhid dan sibuk sangat nak cegah syirik? Bukankah kita ini memang lahir-lahir Islam? Kita duduk pun dalam negara Islam. Tak payah lah nak ajar semua ni kat sekolah.”
Pemikiran seperti ini, adalah tanda angkuh, jahil, atau memang nak sesatkan orang lain.
Sebab hakikatnya:
Kalau kau tak kenal apa yang perlu dielak, macam mana kau nak elak?
Kalau kau tak tahu mana satu yang benar, macam mana nak pegang perkara benar itu kuat-kuat?
Boleh jadi kau sangka yang salah tu betul, dan yang betul tu salah—dan kau tak sedar langsung.
Sebab tu, penting juga belajar tentang pembatal-pembatal Islam.
Elok kalau kita semua pakat hafal matan Nawaqid al-Islam karangan Shaykh Muhammad bin Abd al-Wahhab.
Comments
Post a Comment