OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Ilmu mereka dalam bidang-bidang lain - tafsir, usul fiqh, dan fiqh misalnya - saya pelajari dan saya tekuni. Tidak pernah saya tanggalkan gelaran Imam daripada nama mereka kerana perbezaan akidah dan manhaj.
Saya tahu betapa bencinya mereka kepada manhaj yang saya pegang. Namun, itu bukan alasan untuk bersikap biadap kepada ulama dan meninggalkan ilmu-ilmunya, apalagi menyesatkan dan mengeluarkan mereka daripada Islam. Ini manhaj saya dan manhaj ulama-ulama Salafi hari ini, termasuklah pengikut-pengikut Syeikh Ibnu 'Abd al-Wahhab.
Kata Syeikh 'Abd Allah b. Muhammad b. 'Abd al-Wahhab dalam Risalah fi Hikayah al-Mubahathah ma’a ‘Ulama’ Makkah fi Haqiqah Da’wah al-Shaykh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab (1421 H); Beirut: Dar al-Lu‘lu’ah; h. 96:
"Demikian juga kami tidak menghukum kafir orang yang benar agamanya, masyhur kesolehannya, makruf warak dan zuhudnya, baik kehidupannya, dan bersungguh-sungguh dalam menasihati ummah dengan melibatkan diinya mengajar dan menulis ilmu-ilmu yang bermanfaat walaupun ia melakukan kesilapan dalam masalah ini atau masalah lain seperti Ibnu Hajar al-Haytami.
Kami tahu kata-katanya dalam al-Durr al-Munadhdham (al-Jawhar al-Munadhdham fi Ziyarah al-Qabr al-Mukarram) tetapi kami tidak mengingkari keluasan ilmunya. Oleh sebab itu, kami menekuni kitab-kitabnya seperti syarah hadis empat puluh, al-Zawajir, dan sebagainya.
Kami juga berpegang dengan nukilannya apabila ia menukilkan kerana beliau termasuk dalam kalangan ulama kaum Muslimin."
Inilah manhaj kami.
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment