OLEH: Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal
Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi rahimahullah rahmatan wasi'ah (1115-1206H), dari Uyainah. Imam Dakwah. Sheikhul Islam. Mujaddid aqidah tanah Hijaz dan Najd. Pengarang Kitab Tauhid serta puluhan kitab bermanfaat merumuskan ilmu dan amalan golongan Salaf dan madrasah Ibnu Taimiyah dan Ibn Qayyim AL Jauziyyah.
Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Banna rahimahullah (1333-1430H) dari Mesir, bersama Ulama Ansorus Sunnah, Sheikh Hamid Al Faqi rahimahullah membongkar hakikat Ikhwan Muslimin dan kesufian pengasasnya, dipilih Sheikh Ibn Baz rahimahullah sebagai pengajar Universiti Islam Madinah di awal penubuhannya, guru kepada ramai ulama antaranya Sheikh Rabi' al Madkhali hafizahullah.Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Wusobi rahimahullah (1376-1436H) dari Yaman, mengarang Al-Qaul Al-Mufid fi Adillati At-Tauhid serta puluhan kitab dan ratusan risalah, fatwa dan khutbah. Murid utama dan penerus legasi Imam Ahli Hadith bumi Yaman, Sheikh Muqbil bin Hadi Al Wadi'i rahimahullah.
Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Aqil (1380H-) hafizahullah berasal dari Al Qurayyat, Arab Saudi. Tenaga pengajar aqidah di Universiti Islam Madinah dan dikenali dengan tesis PhDnya, Manhaj al-Imam as-Shafi'i fi Itsbat al-Aqidah.
Nama yang sama, empat orang berbeza.
Dakwah tauhid yang serupa, seruan ke arah Kitab dan Sunnah di atas manhaj Salaf yang mulia.
Keempat-empat anak Abdul Wahhab ini diejek sebagai Wahabi. Namun untuk mengundur dari jalan Sunnah dan Salafiyah tidak sekali-kali.
___________________________
~Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment