Sumber Ilmu Tauhid Dan Kitab-Kitabnya

OLEH: Ustaz Najla' Fariz Zainal



Apabila ditanyakan kepada penuntut ilmu Ahli Sunnah wal Jamaah berkenaan apakah kitab-kitab yang sesuai dimiliki dan dipelajari berkenaan Tauhid, maka sewajarnya ingat terlebih dahulu apakah sumber ilmu Tauhid dan siapakah golongan terbaik untuk diteladani dalam Tauhid. Tidak lain tidak bukan sumbernya adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah dan teladan terbaik dalam bertauhid pastinya para Sahabat.

Golongan Sahabat adalah terbaik di atas seluruh umat. Firman Allah Ta’ala:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
 [Aali-Imran: 110]

Mengikuti para Sahabat adalah jalan keselamatan. Firman Allah Ta’ala:

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا
Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalannya orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali. [An-Nisaa’: 115]

Beriman seperti mana imannya para Sahabat adalah jalan mendapat petunjuk, dan berpaling daripadanya adalah jalan permusuhan menentang Allah dan RasulNya wa’l-‘iyadzubillah. Firman Allah Ta’ala:

فَإِنْ ءَامَنُوا بِمِثْل مَآءَامَنتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِن تَوَلَّوْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاققٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka jika mereka beriman kepada semisal apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
[Al-Baqarah: 137]

Maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mengetahui apakah Tauhid yang diajarkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan ditunjukkan oleh para Sahabatnya rahdiyallahu anhum.

Setelah jelas apakah sumber dan siapakah golongan yang menjadi rujukan dalam Tauhid, maka bagi penuntut ilmu untuk mengetahui kitab-kitab yang mengandungi panduan wahyu dan atsar golongan Salafus solih berkenaan Tauhid.

Terdapat terlalu banyak kitab dahulu dan kini berkenaan Tauhid, dan sudah tentu setiap tahapan pengajian akan ada kitab yang bersesuaian bagi tujuan pembelajaran.

Perkongsian di bawah hanyalah sekadar menyatakan bahawa terdapat terlalu banyak kitab-kitab yang merincikan pegangan Tauhid dan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah sejak zaman awal lagi. Kitab-kitab yang disenaraikan adalah contoh kitab-kitab awal yang banyak dirujuk kemudiannya oleh para ulama’ bagi merumuskan aqidah Islam yang sebenar, seperti mana pegangan salafus soleh.

Disertakan 50 judul kitab dari kurun ketiga hingga ketujuh Hijrah – yakni sebelum zamannya Shaikhul Islam Ibn Taymiyyah – sebagai pengenalan kepada sumber-sumber hakikat Tauhid dalam Islam dan apakah sebenarnya aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Dimaklumi ada banyak lagi kitab dan risalah kecil lain, namun kitab-kitab di bawah inilah yang selalu menjadi rujukan.

Kurun ke-3 Hijrah

1. Usul As-Sunnah oleh Al-Humaidi (219H)
2. Kitab Al-Iman oleh Abu Ubaid Al Qasim bin Sallam (224H)
3. Al-Iman oleh Abu Bakr Ibn Abi Syaibah (235H)
4. Ar-Raddu 'ala Az-Zanadiqah wal-Jahmiyyah oleh Ahmad bin Hanbal (241H)
5. Usul As-Sunnah oleh Ahmad bin Hanbal (241H)
6. Kitabul Muqaddimah dari Sunan ad-Darimi oleh Abdullah bin Abdurrahman ad-Darimi (255H)
7. Kholqu Af'alil 'Ibad oleh Al Bukhari (256H)
8. Kitabul Iman dan Kitabut Tauhid dari Sahih Bukhari oleh Imam Bukhari (256H)
9. Kitabul Iman dari Sahih Muslim oleh Imam Muslim (261H)
10. Sharhus Sunnah oleh Al Muzani (264H)
11. Usul As-Sunnah wa I'tiqad Ad Din oleh Abu Zur'ah ar Razi (264H) dan Abu Hatim ar Razi (277H)
12. Kitabul Muqaddimah dari Sunan Ibn Majah oleh Ibn Majah (273H)
13. Kitabus Sunnah dari Sunan Abi Dawud oleh Abu Dawud (275H)
14. 35 bab dari Jami’ oleh Abu Isa at-Tirmizi (279H) – susunan Toriq Iwadhullah
15. As Sunnah oleh Harb Al Kirmani (280H)
16. An Naqdh ala Bisyr al Mirrisi al Jahmiy oleh Uthman bin Said Ad Darimi (280H)
17. Ar Raddu alal Jahmiyyah oleh Uthman bin Said Ad Darimi (280H)
18. As Sunnah oleh Ibn Abi Asim (287H)
19. As Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (290H)
20. As Sunnah oleh Muhammad bin Nasr al Marwazi (294H)
21. Ta'zhim Qadr As-Solah bin Muhammad bin Nasr al Marwazi (294H)

Kurun ke-4 Hijrah
22. Sorihus-Sunnah oleh Ibn Jarir at-Tobari (310H)
23. At-Tabsir fi Ma’alim al-Din oleh Ibn Jarir at-Tobari (310H)
24. Kitab at-Tauhid oleh Ibn Khuzaimah (311H)
25. As-Sunnah oleh Abu Bakr al-Khollal (311H)
26. Al-Aqidah at-Tohawiyah oleh Abu Ja’far at-Tohawi (321H)
27. Sharhus Sunnah oleh Al-Barbahari (329H)
28. As-Shari’ah oleh Al-Aajurri (360H)
29. I’tiqad Ahl Sunnah oleh Abu Bakr al Ismaili (371H)
30. Kitabun Nuzul oleh Ad-Daraqutni (385H)
31. Kitabus Sifat oleh Ad-Daraqutni (385H)
32. Muqaddimah Risalah oleh Ibn Abi Zaid al-Qayrawani (386H)
33. As-Sharh wal Ibanah an Usulis Sunnah wal Diyanah oleh Ibn Battah al-Ukbari (387H)
34. Al-Ibanah an Shariatil Firqatin Najiyah wa Mujanabatil Firaqil Mazmumah oleh Ibn Battah (387H)
35. Kitabul Iman oleh Ibn Mandah (395H)
36. Kitabut Tauhid oleh Ibn Mandah (395H)

Kurun ke-5 Hijrah
37. Sharh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah oleh Al-Laalikai (418H)
38. Karamaatul Auliya’ oleh Al-Laalikai (418H)
39. Risalah ila Ahl al-Zabid fir Raddi ala man Ankara al-Harf wa’l-Sout oleh As-Sijzi (444H)
40. Aqidatus Salaf wa Ashab al-Hadith oleh Abu Uthman As-Sobuni (449H)
41. Ibtolut Ta’wilaat li Akhbaris Sifat oleh Qadhi Abu Ya’la (458H)
42. Masailul Iman oleh Qadhi Abu Ya’la (458H)
43. Kitabul I’tiqad oleh Qadhi Abu Ya’la (458H)
44. I’tiqad al-Imam as-Shafi’i oleh Al-Hakkari (486H)

Kurun ke-6 Hijrah
45. Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah oleh Qawwamus Sunnah Al-Asbahani (535H)
46. Ar-Risalah al-Wadhihah fir Raddi ala al-Asha’irah oleh Ibn al-Hanbali (536H)
47. Al-Intisor fir Raddi ala al-Mu’tazilah wal Qadariyah al-Ashrar oleh Yahya al-Umrani (558H)

Kurun ke-7 Hijrah
48. Kitabut Tauhid oleh Abd al-Ghaniy al-Maqdisi (600H)
49. Lum’atul I’tiqad oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi (620H)
50. Itsbatu Sifatil Uluw oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi (620H)

Sekiranya yang dihajati adalah kitab-kitab yang ingin dipelajari secara bertahap dalam ilmu Tauhid, maka senarai yang lain diperlukan. Namun apa jua kitab aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang hadir kemudian hinggalah kini, ia tidak lari daripada kerangka dan intisari 50 kitab-kitab di atas, bahkan zaman sejurus selepasnya iaitu Ibn Taimiyah dan anak-anak muridnya telah merumuskan aqidah-aqidah Salafussoleh dengan mantap dan menjadi benteng aqidah Islam dalam berdepan fitnah dalaman dan luaran.

Tidak dinafikan ada sekelompok umat Islam yang mendakwa membawa aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah juga, namun ia tidak lain hanyalah dakwaan yang hakikatnya telah dimasuki unsur asing yang mencemarkan kesucian Tauhid itu sendiri. Aqidah yang mereka bawa itu tidak bersambung terus hingga ke Nabi sallallahu alaihi wasallam. Putus di tengah jalan. Ada yang putusnya di kurun keempat, ada yang putus di kurun kelima, ada di kurun keenam, ketujuh malah ada yang ajarannya bermula kurun keempat belas.

Berpadalah kita dengan aqidah yang dibawa oleh generasi Salafussoleh. Cukuplah dengan rujukan utama kita adalah kitab-kitab yang disenaraikan di atas, diikuti dengan syarahan, ringkasan, olahan dan rumusan para ulama’ di atas jalan yang sama kemudiannya. Semua kitab di atas telah pun sedia terbit di masa kini berserta tahqiq, dan kebanyakannya ada diajarkan oleh para masyaikh, malah ada sebahagiannya telah pun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa ibunda kita.

Alhamdulillahi 'ala ni'matil Islami was Sunnah.

Wallaahu waliyyut-taufiq.


___________________________
~Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments