Merapatkan Saf Solaf Ketika Covid-19?

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Sepengetahuan saya, menerusi pembacaan terhadap beberapa kenyataan para ulama, ada beberapa perbuatan yang mana hukum asalnya makruh, namun hukum tersebut akan hilang sekiranya ada hajat atau keperluan.

Contoh : Solat secara bersandar. Hukumnya makruh, namun solat itu sah. Tetapi, jika seseorang bersandar dalam solatnya kerana ada hajat, ia tidak makruh.

Begitu juga solat dengan memakai pelitup muka. Hukumnya makruh jika tiada sebab. Jika ada keperluan, ia tidak makruh.

Demikianlah juga dengan tidak merapatkan saf semasa solat berjamaah (berlaku penjarakan saf oleh makmum). 

Imam Al-Suyuthi dalam Basth al-Kaff fi Itmām Al-Saff secara panjang lebar sebut bahawa hukumnya makruh. 

(Saya katakan) Namun sekiranya ada hajat, iaitu untuk mengelak penularan wabak sebagai contoh, maka ia tidak makruh dan solat tersebut adalah sah.

Cuma satu perkara yang jika saya boleh cadangkan, semua kita tahu yang merapatkan saf semasa solat berjemaah itu lebih utama dan dituntut syarak. Jadi, mana-mana negeri yang sudah berbulan-bulan (yang lebih dari dua tempoh inkubasi / 28 hari) yang tidak terdapat padanya kes COVID-19, boleh usahakan dahulu (juga menerusi perbincangan dengan KKM), untuk kembali merapatkan saf dalam solat berjemaah berserta dengan pematuhan SOP.

Gambar via Harian Metro
___________________________
Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
_____________________________

Comments