OLEH : Taufiq Tuah
Saya kira kisah ini telah mahsyur. Kisah orang² Yahudi diubah menjadi monyet. Macam mana tu?
Jadi syariat Yahudi ketika itu ialah, orang Yahudi diharamkan menangkap ikan pada hari sabtu. Kiranya hari sabtu ialah hari rehat milik orang Yahudi.
Muncullah ideanya iaitu, mereka pasang pukat pada hari jumaat. Kemudian sabtu, mereka tak buat apa². Tapi ikan melompat, masuk dalam pukat yang dipasang pada hari jumaat itu. Kemudian hari ahad, mereka kutip balik pukat beserta hasilnya.
Nampak mcm loophole kan? Ya mereka buat mcm tu. Tapi rupanya Allah murka. Allah terus tukar mereka menjadi monyet. Fizikal ke? Yes fizikal mmg berubah. Sebagaimana Surah al-Baqarah (2:65)
“...Sesungguhnya kamu telah mengetahui orang-orang yang melanggar di antara kamu dalam urusan Sabtu, lalu Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu monyet yang hina.”
KENAPA MONYET? KENAPA TAK HAIWAN LAIN?
1. Sebab monyet ialah haiwan yg dikenali dgn kehinaan. Yg bnyk buat kerosakan dan masalah. Sesetengah haiwan ada yg dipuji kedudukannya. Seperti kuda, gajah yg sering ditinggikan masyarakat. Kerana gagahnya di medan perang. Jadi hikmahnya Allah memilih monyet dalam hal ini.
2. Ini saya dpt dari Dr Firanda Andirja dlm kuliahnya (on9), kerana monyet itu sangat hampir rupanya dengan manusia. Dan syubhat yg mereka Yahudi bawa ketika itu sangat hampir dengan kebenaran. Sehingga kalau kita nak bantah syubhat mereka ketika itu pun pasti susah malah mungkin saja tak boleh lawan. Maka hikmahnya ditukar kepada monyet yang hampir rupa dengan manusia tetapi rupanya kehinaan.
ADA KE MONYET² KINI DARI DARAH YAHUDI?
Jawapannya tidak. Ibn Kathir sebut, "Mereka tidak hidup lama selepas itu, dan mereka juga tidak membiak. Tidak ada kera hari ini yang berasal daripada mereka."
Hikmahnya pula ialah, tidak ada satupun haiwan yg mempunyai DNA manusia kerana kedudukan manusia itu yg dijadikan sebaik-baik makhluk. Wallahualam.
Taufiq Tuah
17.05.25 | 19.11.46
Value, Waghih
Comments
Post a Comment