Kata-Kata Yang Mengguris Hati Suami

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya


"ala bang.. Beruntungnya keluarga dia org kan bang..dpt gi London, Paris.."

"abg tgk suami milah tu...beruntung bonar dia haa..dapek pegi umroh tiap2 tahun..den nyo bilo yo..."

"tu diaa aih.. Bang, tengok tu haa.. Besaq sungguh nooo rumah depa.. Siap ada swiming pool lagi tu haa.. Beruntung sungguih"

"abe weh, comeynyo keto BMW demo tu.. Bilo la kito nak meraso deh.. Kelik je lah kito.. Nk wat gano"...

"guane kiteee abang.. Sorat mah pun x dok lengang kitee ni.. Tahung depang meraseee ke kite ni.. Tengok hok oghang laa kiteeer"

Kadang-kadang.. Si isteri terlepas pandang, ucapan-ucapan di atas bisa mengguris hati si suami...

Sekali-sekala mungkin tidak mengapa...

Ucapan sedemikian jika berterusan boleh membuatkan hati suami sedikit kecil hati seolah-olah si isteri "menyesal" bersuamikan dia yang Allah takdirkan dan tak mampu untuk memenuhi semua kehendak keluarganya...

Jiwa manusia fitrahnya mencari kesenangan dan kebendaan, tapi kawal lisan kita di depan suami..tak salah nak berkata-kata, cuma ada baiknya kita doa dalam hati moga Allah beri kelebihan dan kesenangan pada keluarga dan suami kita..

Bahkan ekspresi itu boleh dizahirkan saat bukan bersama suaminya.. Moga itu lebih menjaga hati sang suami dan melunturkan semangatnya.

Ye, ada yang kata ucapan itu beri cabaran dan motivasi, cuma dibimbangi motivasi itu menjadi sedikit emosi dan murung diri. Setiap orang itu berbeza takdir dan destinasinya...

لا تؤذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا

Jika seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, maka calon temannya, pasangannya di akhirat dari kalangan bidadari akan berkata:

“Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah mencelakakanmu sebab dia (suamimu) hanya sementara berkumpul denganmu. Sebentar lagi dia akan berpisah dan akan kembali kepada kami.” (HR. Tirmidzi no. 1174 dan Ibnu Majah no. 2014.)

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللّٰـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلاَ تَنْظُرُوْا إِلَى مَنْ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ.

Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kalian, dan janganlah kalian melihat kepada orang-orang yang berada di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kalian, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allâh yang telah dianugerahkan kepada kalian.”..

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments