Awas Ahli Hadith Palsu. (Ulama Palsu)

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Terdapat yang mengajar hadith tetapi menolak beberapa hadith sifat seperti Mu’tazilah menolak 2000 hadith. Begitu juga cucu cicit mu’tazilah. 

Ada yang menolak hadith 73 firqah, hadith pengharaman muzik, hadith zakat fitrah dengan makanan ruji, hadith menjauhi kawasan taun dan lain-lain. 

Ada agamawan yang mendakwa hadith-hadith sahih tidak qat’ei sanadnya, dan bukan hujah aqidah, mengiktiraf Asha’irah maturidiyyah Jahmiyyah sebagai ASWJ dan lain-lain. Hakikatnya mereka itu pendusta dan tertipu, meremehkan hadith Nabi dan tidak mengagungkannya. 

Ada yang mengajar hadith tetapi menganggap kelompok-kelompok bid’ah dan syirik (seperti jahmiyyah, mu’tazilah, asha’irah, maturidiyyah dan quburiyyah) sebagai Ahl al-Sunnah, sedangkan puak-puak bid’ah itu keislaman dan tawhid mereka diragui, bagaimana boleh dianggap Ahl al-Sunnah? 

Ada yang sibuk membicarakan Hadith dan Fiqh Sunnah, tetapi menerima aqidah murji’ah dan jahmiyyah atau meremehkan pengajian aqidah salaf. 

Ada yang berbicara tentang hadith, memiliki Master Hadith atau Phd Hadith sedangkan ia beraqidah murji’ah, jahmiyyah, quburiyyah atau batiniyyah.


------------------------------------------------------------


Suatu waktu dahulu, ada yang mengangkat diri sendiri sebagai Pakar Hadīth. Lalu kami pun dengan semangat "pergi mendengar kuliah nya." Tiba-tiba didapati dia tidak boleh membaca hadīth-hadith dengan baik dan lancar. 
Ini tidak lain melainkan satu penipuan.
 Kemungkinan besar dia hanya mengambil ijazah umum dari guru-guru wayang nya, ijazah kitab sekian sekian... tanpa membaca kitab-kitab tersebut kulit-kulit, tanpa talaqqi satu hadith demi satu hadith. 
Sebab itulah al-Imam Sufyān al-Thawri enggan meriwayatkan dengan cara ini kerana khuatir ia satu penipuan, berlaku berlaku di dalam nya jahalah dan tadlis. 
Selain itu, besar kemungkinan seseorang rawi tidak cukup syarat dan tidak cukup mantap untuk meriwayatkan kitab dengan ijazah umum (sanad umum tanpa talaqqi dan samā') atau wijādah. 
Awas.!

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments