OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
\
Bukan sahaja zaman Raja-raja Arab Saudi yang terdahulu. Arab Saudi bersama dengan Palestin hingga kini di bawah pemerintahan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman hafizhahumullah. Bahkan bukan bermusim. KSRelief memberi bantuan secara konsisten. Sejak penubuhannya pada 2015 hingga kini, sebanyak $4.4 bilion telah dibelanjakan untuk misi kemanusiaan sejagat.
KSRelief juga ada bantu Palestin mendepani cabaran Covid19 pada tahun lepas.
Semua info KSRelief bantu Palestin boleh dicapai dengan mudah di Twitter, taip je #KSrelief dan #Palestine akan keluarlah semua info.
Bantuan-bantuan yang saya kongsi ini baru dari KSRelief, tak termasuk dari Kerajaan Arab Saudi secara rasmi, Islamic Development Bank (iSDB) di Jeddah dan lain-lain institusi dan NGO Arab Saudi.
Perang?
Sebenarnya ada je, tapi adalah cara dan strateginya Saudi bantu pejuang Palestin berperang. Tapi tak leh cerita lah kat sini. Dan memang saya tak mampu dedahkan kalau pun saya ada infonya. Cuma kempen ketenteraan secara rasmi dari Arab Saudi memang belum ada ke atas Israel. Nak ulas isu ni pun ramai yang buat-buat tak faham. Perang ni bukan tentera dengan tentera je. Jika tercetusnya perang, ia akan heret satu negara. Pada bahu Arab Saudi ada banyak tanggungjawab menjaga hal ehwal umat Islam. Ada Dua Haramain, Haji dan Umrah, OIC juga di Arab Saudi, dan banyak pertimbangan lain.
Perang yang terpaksa Arab Saudi lancarkan ke atas pemberontak Houthi bersama tentera-tentera bersekutu pun ada rakyat Saudi yang tak suka. Itu perang yang Presiden Yaman sendiri yang minta tolong. Hampir setiap minggu roket Houthi yang dibantu Iran sampai ke udara Arab Saudi bahkan ada banyak dah yang gagal dipatahkan termasuk satu yang sempat cecah Taif (lebih kurang 50km dari Kota Mekah). Rakyat Arab Saudi terutama di kawasan sempadan Saudi - Yaman antara yang kuat menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kempen ketenteraan ini kerana nyawa mereka juga terancam, selain harga hartanah di kawasan tersebut jatuh merudum akibat tiada pembeli baharu yang berminat.
Jadi, nak minta Arab Saudi serang dengan tentera rasmi boleh, tapi sanggup ke negara-negara Islam lain jadi tentera bersekutu untuk lindungi Dua Tanah Haram dan kepentingan Arab Saudi yang lain terutama kilang-kilang petrol Saudi yang merupakan sumber kekayaan utama Saudi. Tiada sumber kekayaan ini maka sukar juga untuk Arab Saudi jadi sepemurah sekarang membantu dunia-dunia Islam yang memerlukan.
Kempen Arab Saudi yang dimulakan pada Disember 2015 untuk mengumpul kekuatan tentera bersekutu negara Islam pun disahut ala kadar. Malaysia pula yang pada zaman awalnya bersama dalam kesatuan tentera bersekutu ini, telah menarik kembali tentera kita zaman kerajaan PH.
Jadi nak perang? Ingat, jihad perang bukan wajib ke atas satu pihak sahaja, ia wajib ke atas semua jika kita nak wajibkan.
Sekian. Kali ni straight forward, tak perlu #pembaris dah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment