OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
# Putus asa daripada rahmat, nikmat & rezeki ALLAH
# Menakut-nakutkan orang ramai
# Covid-19
Ancaman ke atas orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH ﷻ:
وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ.
"Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
[Surah al-Hijr; 15:56]
Muslim diperintahkan supaya terus cekal menghadapi dugaan, jangan berputus asa.
Sabda Nabi ﷺ:
لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ المَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ، وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ.
“Jangan seseorang kamu mengharapkan kematian (kerana suatu musibah yang menimpanya). Sama ada dia orang baik yang terus menambahkan amalan kebaikannya, atau orang yang buruk maka semoga dia bertaubat.”
[Sahih. Riwayat Bukhari]
Bagaimanakah pula dengan pihak yang menakut-nakutkan orang ramai sehingga menyebabkan sebahagian anggota masyarakat berputus asa daripada rahmat ALLAH?!
Jelas perbuatan ini sangat tidak wajar dan ancaman ke atas pelakunya lebih berat.
Imam az-Zahabi mengkategorikan perbuatan menakut-nakutkan saudara Muslim yang lain sebagai DOSA BESAR.
Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:
لا يَحِلُّ لمسلم أن يُرَوِّعَ مُسْلِماً.
“Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain.”
[Hadis sahih. Riwayat Abu Daud]
Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment