OLEH: Ustaz Zulfadhli bin Mohd Razi
HUKUM BERDOA DENGAN DOA NABI SULAIMAN SURAH SAD 35?
Jawapan Oleh : Ustaz Muhammad Zulfadhli Mohd Razi
Wa'alaikumussalam. Para ulama mengkategorikan berdoa menggunakan doa tersebut sebagai Al-I'tida' Fi Al-Du'a (melampau dalam berdoa) iaitu apabila seseorag meminta sesuatu yang tidak mungkin dia perolehi dan tidak mungkin akan diperkenankan oleh Allah.
Nabi Sulaiman meminta diberikan secara khusus oleh Allah sebuah kerajaan yang tidak ada tandingannya dan Allah memperkenankan doa tersebut.
Nabi Muhammad SAW memahami perkara ini dengan baik ketika berlakunya peristiwa Baginda menangkap jin yang mengganggu Baginda solat, lalu Baginda melepaskan jin tersebut kerana mengingatkan ayat Al-Qur'an tersebut.
Jika ingin juga berdoa, boleh menyebutkan:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا
tanpa menyebutkan:
لا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي
Wallahua'lam.
[Gerakan PENA Malaysia]

Comments
Post a Comment