OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Hantaran seperti dalam tangkap layar di bawah perlu dibetulkan.
Ayat Al-Quran dalam surah Hud, ayat
44 tidak boleh dijadikan sebagai doa untuk meminta dari bumi menelan air dan
langit menghentikan curahan hujan kerana ia merujuk kepada perintah Allah ﷻ ke
atas kedua-duanya sesudah ditimpakan air bah ke atas kaum Nabi Nuh.
Masakan manusia boleh meminta di
alam ghaib kepada selain Allah ﷻ atau memerintahkan bumi dan langit untuk
melakukan ini dan itu.
Hanya Allah ﷻ sahaja yang berkuasa
ke atas bumi dan langit, yang mampu mengarah dan memerintahnya.
Justeru dalam apa jua situasi dan
keadaan Muslim hanya menyeru dan meminta kepada Allah ﷻ, bergantung dan
berharap daripadaNya.
Seyogianya di musim tengkujuh dan
dalam kekhuatiran berlakunya banjir dihidupkan sunah Nabi ﷺ dengan dibacakan
doa yang diajarkan oleh baginda ﷺ iaitu:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلَا عَلَيْنَا،
اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ
الشَّجَرِ.
“Ya Allah,
(turunkanlah hujan) di sekitar kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, (turunkanlah
hujan) ke atas dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, perut lembah dan
tempat tumbuhnya pepohonan.”
[Sahih. Riwayat Bukhari]
Sumber tangkap layar:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=284662953704682&id=100064829375273
CATATAN
Berilmu sebelum beramal.
Demikian ada pihak yang mengajarkan
zikir-zikir tertentu untuk mengalihkan hujan dan seumpamanya sedangkan
realitinya ia merupakan amalan yang direka-reka dan ditokok tambah dalam Agama
semata-mata. Tiada contohnya daripada Nabi ﷺ mahupun generasi awal umat Islam.
Perlu dielakkan.
Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Jamadilakhir 1443H /
19 Disember 2021
Comments
Post a Comment