Bunuh Tikus

 OLEH: Abu Aqif


Dari Aisyah, Nabi ﷺ bersabda,


خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ ، وَالْعَقْرَبُ ، وَالْحُدَيَّا ، وَالْغُرَابُ ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

“Ada lima jenis haiwan fasiq (berbahaya) yang boleh dibunuh ketika sedang ihram, iaitu tikus, kalajengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing garang).” [HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198].


Imam Nawawi رحمه الله menjelaskan,

“Makna fasiq dalam bahasa Arab adalah al khuruj (keluar). Seseorang disebut fasiq apabila dia keluar dari perintah dan ketaatan pada Allah تعال.


Jadi haiwan-haiwan ini disebut fasiq kerana keluarnya mereka hanya untuk mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui haiwan-haiwan tunggangan.

Ada juga ulama yang menerangkan bahawa haiwan-haiwan ini disebut fasiq kerana mereka keluar dari haiwan-haiwan yang diharamkan untuk dibunuh di tanah haram dan ketika ihram.” [Syarh Shahih Muslim, 8: 101].


Diperintahkan untuk membunuh tikus dan binatang fasiq yang lain kerana binatang tersebut sering menyakiti (mengganggu) sehingga kerana inilah haram dimakan. [Lihat Mughnil Muhtaj karya Asy Syarbini, 4: 404].


Begitu tegasnya perintah Agama untuk membunuh haiwan-haiwan ini sehingga apabila sedang berihram pun dibolehkan untuk membunuhnya.

Maka, jangan biarkan tikus-tikus menyusup di dalam rumah melainkan kita berusaha membunuh kesemuanya.



[Gerakan PENA Malaysia]



Apatah lagi menjadikan tikus-tikus sebagai haiwan peliharaan yang dimanjakan seperti kucing-kucing.


Sungguh pelik orang Islam yang menjadikan tikus sebagai pet apabila Agama memerintahkan untuk membunuhnya.


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments