OLEH: Taufiq Tuah
Jika anda fikir Anti Hadith hanya akan menolak hadith, anda mungkin telah tersilap. Mereka bukan sahaja menolak hadith, mereka juga menolak tafsir Al-Quran. Setidak-tidaknya itulah hasil perbualan saya dengan seorang anti hadith di Malaysia. Saya tak pasti lah ni anti hadith mazhab yang mana tapi ini lah dia.
Mereka menuduh terjemahan Al-Quran di dalam B.Melayu di Malaysia ini semuanya telah diolah. Alasan, kerana penterjemah Al-Quran kita bukan terjemah Al-Quran direct B.Arab ke B.Melayu, tetapi mengambil terjemahan Parsi untuk diterjemah ke B.Melayu.
Secara grafnya (konon),
Bahasa Arab > Bahasa Parsi > Bahasa Melayu
Oleh itu, mereka bertindak menterjemah sendiri. Lebih 'bodoh' apabila orang yang saya bersembang ini tak reti langsung B.Arab. Lalu bertaklid sahaja dgn guru dia menterjemahkan dan menafsirkan Al-Quran gaya sendiri.
Benarlah bahawa yang memenuhi ruangan ajaran sesat ini memang orang yang bodoh, jahil, tersisih dan sombong.
Maka tidak hairan walaupun saya berikan dalil Al-Quran tentang wajibnya mengambil hadith dan sunnah sebagai sandaran, mereka boleh tolak ayat Al-Quran itu. Mungkin sahaja kerana ada tafsiran batil yg dibawakan.
Tak cukup dengan itu, mereka menggelar ulama-ulama sebagai Taghut. Termasuk 'taghut' itu ialah Imam Bukhari Rahimahumullah. Kalau Imam Bukhari pun boleh di 'taghut' kan, nama² lain apa lah sangat.
Jadi apa sahaja tafsiran ulama tentang Al-Quran, sebut sahajalah nama Ibn Kathir ke Imam At-Tabaari ke semua akan ditolak. Malah tiap kali saya tegur dan suruh dia belajar tafsir, dia akan buat muka, senyap konon. Begitulah bodoh sombong sifat mereka.
Saya pernah berdebat dengan dia sehingga mati hujahnya. Ayat dia nak selamatkan diri ialah, "takpe yang ni nanti saya kaji lagi".
Dia ingat dia siapa nak 'kaji' Al-Quran ikut tekak sendiri? Akhirnya dia 'kaji' pun dengan internet sahaja. Alasan untuk perbuatannya ialah, "sebab Al-Quran ini ialah cara Allah komunikasi dengan kita. Jadi Allah pasti bagi jawapan".
Begitulah sikapnya yang merasakan dia insan teristimewa di sisi tuhan. Dia ingat Al-Quran diturunkan kepada dia. Lalu sesuka hati memahami Al-Quran mengikut tekak guru dia yang majhul, tak diketahui namanya.
Ramai pengikut ni, nama guru dia pun dia tak tahu. Lalu dia berkata "aku sedang mengkaji".
Bagi hadith, ditolak.
Bagi ayat Al-Quran pun ditolak. Ahli Sunnah Wal Jamaah? Bukan sebab sah-sah dia tolak Sunnah.
Saya nak bagi juga satu dalil,
Surah An-Nahl ayat 44
بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
(Kami utuskan para rasul itu) membawa bukti-bukti yang nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kamu pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al Quran yang memberi peringatan, supaya engkau MENERANGKAN kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Saya bagi lagi sekali dalil, yang saya tahu mereka akan putar belit (sebab sepanjang aku sembang dengan dia pun memang penuh putar belit). Saya tahu puak ni memang tak suka kurungan² yg dalam terjemahan ni. Sebab senangla nanti diorang nak putar belit makna Al-Quran.
Comments
Post a Comment