OLEH: Dr Idris Sulaiman
Amalan merenjis kenderaan baharu tiada dalam Islam.
Tidak kira sama ada untuk dapat berkat atau menolak mudarat.
Kerana Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah renjis kuda atau unta yang baru dibeli.
Justeru jelasnya amalan ini tokok tambah dalam agama.
Malah menyerupai amalan sebahagian penganut agama lain.
Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:
وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.
"Barang siapa tasyabuh (menyerupai) sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka."
[Sahih. Riwayat Ahmad]
Ancaman berat buat mereka yang melakukan perbuatan yang menyerupai ritual keagamaan lain.
DOA BELI KENDERAAN BAHARU
Mereka yang baru dapat kenderaan baharu dianjurkan membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.
“Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.
[Sahih. Riwayat Abu Daud]
RENJIS AIR RUQYAH
Jangan dikelirukan permasalahan ini dengan amalan merenjis air ruqyah (jampi) kerana terkena penyakit ain.
Ia berbeza.
#Hidupkan Sunah,
jauhi tokok tambah
Comments
Post a Comment