Sebagaimana yang kita tahu Yahudi mendakwa sebagai pembawa kitab dari Nabi Musa Alaishisalam. Manakala Kristian atau Nasrani mendakwa sebagai pembawa kitab Nabi Isa Alahisalam. Hanif pula ialah pengikut² agama bawaan Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Diketahui bahawa agama Hanif ini turut tersebar di Mekah. Namun jauh sebelum Rasulullah lahir lagi, agama Hanif telah pun pupus. Telah berganti dengan bidaah² tawasul kepada org soleh dalam bangsa Arab.
Akhirnya Mekah dipenuhi berhala-berhala yg kononnya bersempena dengan org soleh. Maka pupuslah segala tauhid agama Hanif.
MAJLIS 4 ORANG
Ketika kesyirikan berkuasa di Mekah, 4 orang Quraisy telah bermajlis dan membincang tentang kesyirikan ini. Mereka semua tak bersetuju dengan agama berhala dan mencari-cari agama yang benar.
Di dalam 4 orang ini ialah
1. Waraqah bin Naufal (Kemudiannya Kristian)
2. Uthman bin Huwayrith (Kemudiannya Kristian)
3. Ubaydullah bin Jahsy
4. Zayd bin Amr bin Nufail (yang ni main character kali ini).
ZAYD BIN AMR BIN NUFAIL
Selepas majlis, mereka berempat pun pergilah mencari-cari sendiri apakah agama yang benar. Mereka cari secara berasingan. Maka Zayd pun pergi ke Syam kerana ada khabar yang sebut tentang agama² samawi di sana.
Setelah berjumpa dengan pendeta² Yahudi dan Kristian di sana, dia masih lagi mengatakan bahawa agama² ini masih syirik. Agama² ini menyimpangkan penganutnya dari Tauhid.
Tapi ada seorang pendeta di Syam kata pada Zayd bahawa di Mekah dahulunya ada agama Hanif yang membawakan Tauhid. Maka Zayd pun pulang lah ke Mekah. Masalahnya, agama Hanif itu sudah pun pupus.
Jadi bagaimana? Atas iktiqad beliau mahukan agama Hanif, namun syariat agama itu sendiri sudah pupus dan tiada. Maka beliau hanya pegang pada iktiqad itu dalam masa yang sama tidak menyembah berhala dan tidak makan sebelihan atas nama berhala.
Diriwayatkan bahawa beliau sering berkata:
"Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana Engkau mahu disembah, tetapi jika aku tahu, pasti aku akan menyembah-Mu dengan cara itu."
Beliau tak tahu caranya solat atau puasa, maka hanya semampunya sahaja beliau memegang tauhid ini. Kemudiannya beliau meningga dunia sebelum syariat Nabi Muhammad ﷺ sampai.
Maka ada hadis riwayat ahmad,
"Dia (Zayd) akan dibangkitkan sebagai satu umat yang berdiri sendiri." (Riwayat Ahmad)
Anaknya pula bernama Said bin Zayd ialah antara yang terawal memeluk Islam. Malah menyertai hijrah nabi. Akhirnya ketika zaman Khalifah Muawiyah I, Said ialah gabenor Kuffah.
KESIMPULANNYA
Secara teknikalnya, Zayd tak pun sempat dengan ajaran Hanif kerana telah pupus. Namun kerana beliau menolak kesyirikan dan berdiri di atas tauhid di Mekah, maka seolah-olah beliau lah yang anuti agama Hanif yang terakhir.
Sedangkan ketika wahyu dari Rasulullah datang, maka wajib bagi semua tinggalkan agama² lama mereka dan ikuti Islam dan syariat Muhammad. Maka jika hari ini ada yang mengaku membawa ajaran Ibrahim, contohnya Millah Ibrahim, ketahuilah bahawa dia di dalam kesesatan. Wallahualam
Taufiq Tuah
16.02.25 | 17.08.46
Sepang, SLG
Comments
Post a Comment