OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy
قال تعالى:
**﴿ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ ﴾** \[البينة: ٥]
قال الشَّيخ ابن باز رحمه الله:
**"وهذه الكلمة العظيمة لا تنفع قائلها ولا تخرجه من دائرة الشِّرك إلَّا إذا عرف معناها، وعمل به، وصدق به. وقد كان المنافقون يقولونها وهم في الدرك الأسفل من النار؛ لأنهم لم يؤمنوا بها ولم يعملوا بها.
وهكذا اليهود يقولونها وهم من أكفر الناس -لعدم إيمانهم بها-، وهكذا عُبَّادُ القبور والأولياء من كُفَّار هذه الأمة يقولونها وهم يُخالفونها بأقوالهم وأفعالهم وعقيدتهم، فلا تنفعهم، ولا يكونون بقولها مسلمين؛ لأنهم ناقضوها بأقوالهم وأعمالهم وعقائدهم."**
**المصدر: موقع الشيخ ابن باز رحمه الله**
"Lā ilāha illallāh” tidak memberi manfaat kepada orang yang mengucapkannya daripada kalangan Yahudi, munafik, penyembah kubur, wali-wali, dan semua ahli syirik.
Firman Allah Ta'ala :
"Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kepada-Nya, dalam keadaan cenderung kepada kebenaran (hanif)" [Surah al-Bayyinah: 5]
Syeikh Ibn Bāz rahimahullah berkata:
“Kalimat agung ini (‘Lā ilāha illallāh’) tidak memberi manfaat kepada orang yang mengucapkannya dan tidak mengeluarkannya daripada lingkungan syirik kecuali jika dia mengetahui maknanya, mengamalkannya, dan membenarkannya.
Sesungguhnya para munafik mengucapkannya, tetapi mereka berada di dalam neraka yang paling bawah kerana mereka tidak beriman dengannya dan tidak mengamalkannya.
Demikian juga orang Yahudi mengucapkannya, tetapi mereka antara manusia paling kafir – kerana mereka tidak beriman dengannya.
Begitu juga para penyembah kubur dan wali-wali dari kalangan kafir umat ini, mereka mengucapkannya namun mereka menyalahi kalimah itu dengan perkataan, perbuatan dan akidah mereka; maka ia tidak memberi manfaat kepada mereka, dan mereka bukanlah Muslim hanya dengan mengucapkannya kerana mereka telah membatalkannya melalui perkataan, perbuatan dan akidah mereka.”
Sumber: Laman rasmi Syeikh Ibn Bāz rahimahullah
Comments
Post a Comment