OLEH : Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahaya
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah, Pemilik alam semesta Yang Maha Sempurna. Kita wajib berusaha untuk amalkan ajaran Islam sesempurna mungkin, bukan amal secara cherry picking ikut selera kita. Islam bukan sekadar agama risalah yang bisa kita sampaikannya ikut acuan dan cara kita, tapi Allah turunkan Islam bersama RasulNya sallallaahu alayhi wasallam sebagai penyampai risalah. Makna kata Allah berkehendak agar agamaNya yang benar ini disampaikan dengan cara dan metod yang Dia redhai. Kerana inilah kita ada kaedah:
الغاية لا تبرر الوسيلة
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Kawan Mat Saleh saya sebut:
End doesn't justify the means.
Maka kalau nak buat apa pun, nak perjuang sesuatu kebaikan, nak cegah kemungkaran, nak tegur kesalahan orang, nak islah apa yang salah ... semuanya kena ikut cara dan acuan yang diajarkan Nabi ﷺ. Nabi kita memang dihantar untuk diikuti, dicontohi bahkan ditiru sebijik demi sebijik. Semakin tepat Nabi - selawat dan salam ke atas baginda - ditiru, semakin sempurnalah agama yang kita amalkan. Rugi, mesej kita nak bawak tu dah baik tapi kemungkinan besar gagal diterima kerana cara yang tak tepat ikut Sunnah Nabi ﷺ.
Tak boleh amal agama ini ikut cara Robinhood. Nak angkat keadilan dan kebenaran, tapi guna cara yang salah. Islam doesn't work that way. Ya benar, Islam juga ajar kita bijak dan berhikmah dalam menyampaikan ajarannya, namun hikmah bukan bererti kita memilih cara yang salah. Hikmah bermakna kita cuba memilih cara yang paling sesuai dengan keadaan dan tempat agar matlamat kebaikan itu dapat dijayakan, dalam keadaan maslahat semasa target dakwah dan islah kita itu juga kekal tenang dan baik.
Sebab itu dalam Al-Quran Allah kembarkan ajaran untuk berdakwah secara berhikmah dengan الموعظة الحسنة yakni nasihat serta teguran yang baik bernilai murni. Bahkan tiada insan atas sejarah muka bumi ini kecuali dia ada fitrah suka dan gembira apabila diajak ke arah kebaikan atau dicegah dari keburukan dan kesalahan dengan cara yang baik, lembut serta tenang. Hatta dalam Surah Taahaa pun Allah pesan dekat Nabi Musa dan Harun alayhimassalam agar pergi berdakwah kepada Firaun yang merupakan seburuk-buruk raja dalam sejarah peradaban manusia dengan قولًا ليناً yakni kata-kata yang lembut agar Firaun ingat dan sedar serta takut akan azab Allah ke atas dosanya.
Namun tidaklah juga kita nafikan bahawa hikmah dalam membawa Islam juga ada ketikanya juga perlu tegas dan keras, maka kerana itulah adanya hukum-hakam yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah di bawah pentadbiran Islam seperti hukum hudud, qisas dan takzir. Kita juga ada syariat jihad perang bila tiba waktu dan ketikanya untuk kita mempertahankan kedaulatan Islam yang dicabar.
Islam dijoloki dengan ciri Wasatiyyah, yang sebenarnya membawa makna 'الأفضل' iaitu yang paling baik. Ini boleh ditafsirkan sebagai jalan yang terbaik di tengah-tengah antara 'إفراط' vs 'تفريط'. Apa benda pulak ni ya? Mudah untuk difahami, Islam sentiasa menjadi jalan terbaik di pertengahan antara jalan terkurang dari nilai sempurna vs terlampau berlebihan (extreme) dari nilai yang sepatutnya.
Ibarat kita nak bawak sesuatu imej manusiawi, kena lah ikut spec imej tersebut yang sempurna. Kalau nak bawak imej Arab, kena cuba sesempurna mungkin lah untuk mengenakan gaya Arab. Jangan terkurang jangan pulak berlebihan. Kalau Arab pakai jubah bersama ghutrah atau shemagh, kita jangan pakai kurta dengan ghutrah, atau terlebih pulak gi pakai jubah putih dengan ghutrah warna ungu
(gambar sekadar hiasan dan panduan untuk memahami contoh yang diberikan
).


Begitulah. Hmm saya sekarang lebih suka tulis santai-santai macam duk berborak je bila menulis, walaupun ia suatu tulisan yang bermesejkan mesej yang penting dan serious. Mohon beri keuzuran kepada cara penulisan sebegini, dah tua ni nak lebih cool je lebih-lebih lagi kat medsos tempat untuk bersosial 





Baarakallaahu feekum.
Abu Muhammad Alfazriny
Yang masih banyak tak sempurna
Comments
Post a Comment