Saidina Hamzah & Sumayyah : Mati Senyum Belum Tentu Syahid

OLEH : Taufia Tuah

Pernah suatu ketika orang share gambar Mujahidin yg terkorban dlm keadaan senyum. Lalu mereka mudah memanggil mereka 'syahid'. Sedangkan hanya Allah yg tahu siapa yg syahid.

Mungkin juga kerana sepatah kata dari filem P.Ramlee. Kenapa mati senyum? "Aku mati dalam iman". Namun benarkah yang senyum itu pastinya akan syahid?
Pastinya tidak.
Kalau kita lihat sirah, penghulu para syuhada (penghulu para mati syahid) ialah Saidina Hamzah RA. Ini PENGHULU syuhada namun cara syahidnya sangat menyayat hati.
Dalam sirah kita dapat lihat jasad Saidina Hamzah dicacatkan. Sengaja dipotongkan anggota-anggota badannya. Telinganya, hidungnya, malah tubuh dibelah.
Sehingga nabi sangat sedih bila lihat jasad Saidina Hamza ketika itu yg sangat tragis. Tiada riwayat jasad mulia ini tersenyum.
Lihat bagaimana tragisnya syahid Sumayyah.
Ditelanjangkan diterik panas, diikat dan diseret di jalan². Di masukkan lembing ke dalam kemaluannya sehingga wafat. Di mana riwayat yang berkata beliau senyum?
Mati syahid (termasuk perang), apabila jasab kita tragis itu biasa. Jangan berangan mati syahid itu mesti bersih, tertumpah darah yang kurang dan luka yang sedikit. Tak!
Para sahabat yang syahid apabila ditemukan, keadaan mereka tragis. Apatah lg org² kafir berdendam dgn mereka dan secara pengecutnya hanya mampu menyakiti jenazah ketika mati kerana tak dpt menyentuhknnya seketika jenazah masih hidup!
Ada juga kes macam Jabir bin Abdullah yang menggali kembali kubur ayahnya yang syahid, dan keadaan jasadnya masih utuh. Namun itu khas dan tak boleh dipukul rata kepada semua syuhada.
Jadi kalau jumpa orang yang mati dalam senyum apa kita nak buat? Doakan diampunkan dosa² nya dan dikurniakan dia syahid. Kerana? Kerana dia juga belum tentu syahid, maka doakan. Wallahualam.

Taufiq Tuah
22.06.25 | 25.12.46
SPG, SLG

Comments