Pengenalan

Sejarah Penubuhan Gerakan PENA Malaysia


Revolusi Melayu Baru (RMB) dan Pena Sunnah (PS) telah bergabung di bawah satu entiti yang sama. Ketika itu, RMB berbekalkan cogan kata "Akidah Teras Pendirian Insan" banyak mengisikan artikel-artikel dengan tema keagamaan dan sejarah. Namun, PS pula berbekalkan cogan kata "Teguh Di Atas Manhaj Salaf" lebih menfokuskan kerja dakwah di dalam bahagian infografik.

Pada 27 Rabiul Awal 1440H bersamaan 5 Disember 2018, perbincangan bersama penyatuan RMB, PS dan beberapa kumpulan dakwah lain telah diadakan. Namun perancangan Allah itu yang lebih baik, maka disatukanlah RMB dengan PS atas nama baharu iaitu Gerakan PENA Malaysia. Gerak kerja bersama telah mula diadakan pada 23 Rabiul Akhir 1440H bersamaan dengan 1 Januari 2019.

Gerakan PENA Malaysia (PENA) pada hari ini lebih menfokuskan isu-isu dakwah Islam dan sejarah. Hal ini kerana memahami bahawa dua elemen ini sangat penting untuk membentuk jati diri seseorang insan. Turut juga disajikan beberapa penulisan pendidikan umum untuk bacaan masyarakat secara percuma. Antara medium penyampaian terawal Gerakan PENA Malaysia ialah dengan dakwah dan pendidikan secara dalam talian (media sosial), melalui penulisan blog dan sebaran infografik / videografik bermanfaat. Juga tidak ketinggalan mengadakan beberapa kelas pengajian dan juga beberapa kerja kebajikan. 

Lihat aktiviti DI SINI!


Rasmi Sebagai NGO

Gerakan PENA Malaysia secara rasminya berdaftar di bawah Jabatan Pendafaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 19 Syawal 1441H bersamaan dengan 11 Jun 2020 dengan nama singkatan Pena My sebagai pertubuhan pendidikan dan kebajikan.


Kenapa Nama Gerakan PENA Malaysia?

Definisi Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka:-

Gerak-an: Definisi, keadaan yang berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yang beralih tempatnya atau kedudukannya.

Pena: Definisi, (péna) sejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat, pen.

Malaysia: Definisi,  negara yang terletak di Asia Tenggara yang ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam.


Ketika kita menulis, kita dapat melihat pena yang digunakan sedang bergerak. Bergeraknya pena ini akan memberikan banyak manfaat kerana tercatatlah segala macam ilmu. Samada pena dari seorang guru mahupun seorang penimba ilmu, gerakan pena mereka akan sentiasa memberikan manfaat kepada orang ramai. Maka atas manfaat itu kami namakan kumpulan ini 'Gerakan PENA'. Malaysia ialah kedudukan induk kami maka dinamakanlah Gerakan PENA Malaysia.


Cogan Kata.

"Membawa Agenda Ilmu"


Misi Di Sebalik Cogan Kata:

Rujukan Agama: Memahamkan masyarakat bahawa rujukan agama ini ialah Al Quran dan As Sunnah, Atsar Sahabat, Ijma' kaum Muslimin serta Qias iaitu melalui kaedah pemahaman Salafus as Soleh.

Pentas Perbincangan: Membuka pentas untuk para pembaca berkongsi pandangan dan ilmu bersama di pentas Gerakan PENA Malaysia. Sama-sama berkongsi ilmu dengan penuh adab dan disiplin.

Pembentukan Hujjah: Setiap asas penyampaian itu hendaklah berlandaskan hujjah. Namun adanya hujjah bukanlah alasan untuk kita giat berjidal. Perbahasan dengan ilmu dan akhlak tetap menjadi tuntutan.

Manfaat Untuk Semua: Setiap ilmu yang disampaikan ialah manfaat untuk semua lapisan masyarakat.

Bertanya Atau Merujuk: Tidak malu bertanya kepada yang lebih tahu dan tidak malas merujuk kembali buku-buku rujukan jika tidak pasti.

Ilmu Kos Rendah: Menyediakan penyampaian ilmu dengan kos yang rendah. Samada dengan kos yang sangat minimum mahupun dengan percuma. Hal ini agar tidak terlepas daripada memberikan manfaat kepada mereka yang tidak berkemampuan.



Visi

Membawakan manfaat ilmu dan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat




Comments