OLEH: Taufiq Tuah
Inilah GENERASI TERBAIK umat Islam sepanjang zaman!
.
.
.
"Abu Bakar ash-Shiddiq di syurga, Umar bin al-Khathab di syurga, Utsman bin Affan di syurga, Ali bin Abu Thalib di syurga, Thalhah bin Ubaidullah di syurga, az-Zubair bin al-Awwam di syurga, Abdurrahman bin Auf di syurga, Sa'ad bin Abu Waqqash di syurga, Sa'id bin Zaid di syurga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di syurga."
[ HR. Ahmad ]
1 - Abu Bakar ash-Shiddiq
--> Menginfakkan seluruh hartanya di jalan Allah
--> Selalu terkedepan dalam setiap kebaikan
--> Membenarkan peristiwa Isra' dan Mi'raj
--> Mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah
--> Tetap tabah tatkala Rasulullah wafat
--> Khalifah pertama, Khulafa ar-Rasyidin
--> Memerangi kaum murtad
--> Pelopor utama penghimpun al-Quran
2 - Umar bin Al-Khathab
--> Khalifah ke-2, Khulafa ar-Rasyidin
--> Rela tidak tidur supaya rakyatnya boleh tidur nyenyak, rela menahan lapar supaya rakyatnya boleh kenyang
--> Setelah beliau masuk Islam, beliau telah mengisytiharkan secara terbuka keIslamannya di tengah orang-orang Quraisy
--> Syaitan-syaitan dari golongan jin dan manusia takut dengan beliau
--> "Sungguh, aku mengetahui kalau kau hanyalah sebongkah batu yang tidak dapat mendatangkan bahaya ataupun memberikan manfaat! Seandainya aku tidak melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." - setelah Umar al-Khathab mencium Hajar Aswad
--> Pelopor pembaitan Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama
--> Abu Bakar mengangkat Umar sebagai penggantinya
3 - Utsman bin Affan
--> Ikut kesemua peperangan bersama Nabi kecuali perang Badar
--> Membebaskan seorang hamba sahaya setiap hari Jumaat
--> Nabi dan Malaikat malu kepadanya kerana malunya kepada Allah
--> Membaca seluruh al-Quran dalam satu rakaat
--> Khalifah ke-3, Khulafa ar-Rasyidin
--> Bijaksana dalam memerintah
--> Menegakkan hudud terhadap keluarga
--> "Orang yang paling banyak menyambung silaturahim di antara kami adalah Utsman." - Ali bin Abu Thalib
4 - Ali bin Abu Thalib
--> Menggantikan posisi tempat pembaringan Nabi ketika dikepung orang-orang kafir
--> "Hakim terbaik di antara kami adalah Ali bin Abu Thalib." - Umar bin al-Khathab -
--> Khalifah ke-4, Khulafa ar-Rasyidin
--> Memerangi kaum Khawarij
--> Wafat tahun 40H, dimandikan jenazahnya oleh anaknya (Hasan dan Husain) kemudian dimakamkan pada waktu sahur
5 - Thalhah bin Ubaidullah
--> Tidak pernah tertinggal di dalam peperangan bersama Rasulullah kecuali perang Badar kerana sedang berniaga di Syam
--> Syahid yang berjalan di muka bumi
--> Syahid pada perang Jamal
6 - Az-Zubair bin al-Awwam
--> Menamakan anak-anaknya dengan nama para syuhada
--> Wafat ketika Perang Jamal
7 - Abdurrahman bin Auf
--> Abdurrahman seorang kaya yang pandai bersyukur
--> Khalifah Utsman telah mengangkat Abdurrahman sebagai pengganti beliau. Apabila mendengar berita itu, Abdurrahman lalu berdoa, "Ya Allah, jika Ustman benar-benar hendak mengangkatku untuk menangani urusan umat ini, maka wafatkanlah aku sebelum Engkau mewafatkannya." Enam bulan kemudian beliau wafat
--> Wafat tahun 32H pada usia 75 tahun, dimakamkan di Baqi dan disolatkan oleh Khalifah Ustman bin Affan
8 - Sa'ad bin Abu Waqqash
--> Walaupun baru berusia 17 tahun, Sa'ad mempunyai pemikiran yang matang dan bijaksana
--> "Ya Allah, kabulkanlah doa Sa'ad jika dia berdoa kepada-Mu." HR. at-Tirmidzi
--> Orang takut terhadap doa Sa'ad bin Abu Waqqash
--> Ikut semua perang bersama Rasulullah
--> Zuhud terhadap kekuasaan
--> Seorang lelaki menghina Ali bin Abu Thalib, kemudian Sa'ad mendoakan keburukan bagi lelaki tersebut. Tiba-tiba, seekor unta menyeruduknya sehingga meninggal dunia
--> Sa'ad mendoakan kebaikan bagi orang yang mendatanginya, tetapi tidak mendoakan untuk penglihatannya kembali pulih. Ketika ditanya, "Anakku, takdir Allah atasku lebih baik daripada penglihatanku."
--> Beliau wafat di Aqiq, dikafankan dengan jubah beliau ketika perang Badar, disolatkan oleh Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan kemudiannya dimakamkan di Baqi.
9 - Sa'id bin Zaid
--> Ayah Sa'id, Zaid meninggalkan Mekah dengan melakukan perjalanan untuk mencari agama yang benar, Nabi Ibrahim
--> Allah mengabulkan doa yang dipanjatkannya dengan berdoa kepada Allah tentang seorang wanita yang berbohong menuduh beliau mengambil sebahagian harta miliknya. Wanita itu buta sebelum mati di tanah miliknya
--> Singa Perang Yarmuk, melawan bangsa Rom demi menegakkan syariat Allah. (Pasukan Muslim sekitar 24,000 manakala pasukan Rom sekitar 220,000)
--> Wafat pada tahun 50 atau 51H di Aqiq, dimakamkan di Madinah. Usia lingkungan 70 tahun lebih
10 - Abu Ubaidah bin al-Jarrah
--> Masuk Islam atas jasa Abu Bakar ash-Shiddiq
--> Membunuh bapa kandungnya yang kafir ketika perang Badar
--> "Seandainya Abu Ubaidah masih hidup, nescaya aku mengangkatnya sebagai penggantiku." - Umar bin al-Khathab -
--> Melindungi Rasulullah di Medan Uhud
--> Tidak memaklumkan kepada Khalid bin Walid bahawa dia (Abu Ubaidah) sudah dilantik menjadi panglima malah ikut perang malah solat di belakang Khalid bin Walid
--> Umar berkomentar: "Kami semua telah diubah dunia, tidak sepertimu, hai Abu Ubaidah!"
--> Wafat di Jordan
Kredit Penuh Kepada:- Putaka Ilmu Salaf
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment