Ancaman Neraka Dalam Agama Hindu Buat Pembunuh Adib

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Garuda Purana adalah sebuah naskah kuno yang membicarakan kehidupan sesudah kematian dari sisi agama Sanatana Dharma alias Hindu.

Kitab ini merupakan salah satu dari 18 kitab Purana yang membentuk sebagian besar kesustraan Smriti - huraian atau tafsiran kepada kitab Sruti yang diiktiraf sebagai wahyu Tuhan kepada para Reshi.

Justeru Smriti merupakan kelompok kitab kedua sesudah kelompok Sruti (kitab wahyu) dan ia banyak membicarakan tentang hukum hakam dalam agama Sanatana Dharma.

Dalam Garuda Purana ini terdapat 28 neraka yang masing-masing dikhusukan untuk suatu kejahatan atau kesalahan.

Khabarnya Kitab Garuda Purana disusun oleh Burung Garuda - raja segala burung - yang menjadi tunggangan Dewa Visnu lalu khabarnya kandungan kitab ini diajarkan oleh Garuda kepada Reshi Kashyapa yang merupakan ayahnya sendiri.

Berikut adalah 3 neraka atau hukuman mengikut kepercayaan agama Hindu atas kejahatan, mengambil harta orang lain, menikmati dan berseronok dengan harta tersebut, pembohongan serta memberi pengakuan palsu dan akhirnya membunuh insan yang tidak berdosa.

(1) Neraka Sulaprotam

Kesalahan: Memudaratkan orang lain, menipu, berkhianat, membunuh orang yang tidak bersalah, memanipulasi orang lain dan membunuh diri. Dalam hal ini, mereka telah membunuh seorang pegawai BOMBA yang datang untuk memadam kebakaran.

Hukuman: Dihunjam dengan Trisula (serampang tiga mata), dibuat menderita dengan kelaparan dan dahaga yang sengit, serta menanggung azab terhadap segala penyeksaan yang dikenakan.

(2) Neraka Tamisram

Kesalahan: Orang yang cuba menguasai harta benda orang lain (seperti harta, wang, tanah, rumah, barang kemas) dengan jalan yang salah dan tidak dapat diterima. Dalam hal ini, mereka menduduki tanah orang lain secara haram malah enggan keluar dari tanah tersebut.

Hukuman: Denda ini dijalankan oleh Dewa Kematian Yamraj dan membuang pesalah ke dalam Neraka Tamisram. Dalam neraka ini, jiwa-jiwa mereka dihancurkan sehingga merana sehingga tamat tempoh hukuman di dalam neraka.

(3) Neraka Avici

Kesalahan: Menjadi saksi palsu seperti membuat cerita dusta bahawa melihat Adib dilanggar oleh kenderaan BOMBA.

Hukuman: Orang yang berdosa tenggelam dan diseksa dalam mayat hidup, dilemparkan dari tempat yang sangat tinggi dan dihancurkan sepenuhnya menjadi debu apabila mereka sampai ke tanah. Proses ini diulangi sehingga tempoh masa hukuman berakhir

___________________________
 Abu Amru Radzi Othman
  ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments