Apabila Mendengar berita Kematian

OLEH: Taufiq Tuah

Kebiasaan orang yg melaporkn kematian dalam laman sosial, mereka akan membuat ayat seperti,

"Takziah kepada Fulanah kerana suaminya,  Fulan Bin Fulan telah meninggal di Hospital Antaberantah pada jam 3 pagi tadi. Al-Fatehah".

Adakah ini tindakan yg terbaik apabila mengwara-warakan kematian?

1. Kita kembali kepada Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 155.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “

Ya, maka apabila mendengar kematian, menjadi tuntutan bagi kita untuk melafazkan "Innalillahi wa innailaihi rojiun" sebagaimana dalil di atas.


2. Adakah sesuai untuk menyebutkan "Al-Fatehah" apabila berlakunya kematian?

Tidak. Adakah kita rasa menyebut nama sesuatu surah akan memberi manfaat kepada jenazah? Jika ya, maka sepatutnya disebutkan nama surah yang lebih panjang supaya manfaat yang lebih kepada jenazah. Orang Melayu boleh mula tuliskan nama surah "Al-Baqarah" atau "Al-Mulk" pada kepuk2 batu nisan mereka.

Hakikatnya, menulis atau menyebut nama surah apabila mendengar khabar kematian tidak akan memberi kemudahan pun kepada jenazah


3. Mensedekahkan Al-Fatihah?
Juga bukan lah cara yang terbaik memandangkan sedekahkan Al-Fatihah ataupun mana2 surah kepada mayat bukanlah ajaran Rasulullah SAW.  Tidak pernah Rasulullah SAW mensedekahkan Al-Fatihah kepada mana-mana sahabat yg meninggal dunia.

Para sahabat juga tidak pernah membuat kenduri tahlil atau bacaan Yasin atau upah mana2 hafiz untuk sedekahkan ayat Al-Quran kepada jenazah. Perbuatan sedekahkan ayat Al-Quran ini ialah perkara baru yang tiada asasnya dari Islam.


BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK?

Melafazkan "Innalillahi wainnailaihi rojiun" sebagaimana dalil Al-Quran itu lah merupakan cara yg terbaik.

Mendoakan jenazah juga merupakan hal yang baik. Doalah dengan doa yang baik2 seperti "Semoga roh dicucuri rahmat, diampuni dosa, bersama roh-roh yang beriman dimasukkan ke dalam syurga" dan sebagainya. Semoga Allah SWT menerima doa kita untuk jenazah.

Wallahualam

Gambar via -herinspirasi-


___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments