Beriman Kepada Kitab

OLEH: Taufiq Tuah

Sebagaimana yg tercatat di dalam Rukun Iman adalah beriman kepada Kitab.

Kita seharusnya mengakui bahawa Allah SWT telah menurunkan 4 buah kitan melalui 4 org Nabi.

📚"Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."

( Surah An-Nisa' 4:27)



Zabur kepada Nabi Daud A.S
Taurat kepada Nabi Musa A.S
Injil kepada Nabi Isa A.S
Al-Quran kepada Rasulullah SAW

Keempat-empat kitab ini adalah firman-firman Allah SWT yg sahih.

Adapun dini hari kitab-kitab sebelum Al-Quran telah diolah mengijut sesuka manusia sehinggalah tinggal yg tulen hanyalah Al-Quran.

Yang mana namanya Zabur, Taurat dan Injil itu telah digabungkan dan diubah isinya sehingga terciptalah kitab 'Bible' yg pelbagai versi. Adapun di kulit-kulit kitab itu tertulis kalimah 'Al-Kitab' atau 'Injil', ketahuilah bahawa kitab itu bukanlah sahih daripada Allah SWT.

Orang-orang Yahudi pula masih mengekalkan nama Taurat sebagai Torah, namun isinya telah juga dicampur-aduk dan diubah.

Maka tinggal lah Al-Quran sebagai firman Allah SWT yg tulen dan dijaga baik oleh umat Islam. Segenap Muslim teringin dan bercita-cita untuk menghafal ia dan sememangnya bnyk institusi di serata dunia yg mendidik muslim untuk menghafal Al-Quran.

Maka beriman lah kita kepada kitab kerana ia sebahagian dari Rukun Iman.

Wallahualam

___________________________
       Taufiq Tuah
        ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments