Ghuluw Memuja Berlebihan

OLEH: Taufiq Tuah

"Jangan lah kalian terlalu berlebih-lebih kepadaku sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan kepada Isa Ibni Maryam , sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah maka katakanlah hamba Allah dan RasulNya."

-Riwayat Imam Bukhari no: 3445 , 6830


Maka sudah jelas bagi kita (Ummat Muhammad) bahawa kita TIDAK BOLEH memuji baginda secara berlebih-lebihan. Adapun, cukuplah dengan berselawat sebagaimana para sahabat laku kan..


Entry kali ini ingin berbincang tentang hal ..

Amalan memuja kubur, dan roh orang soleh..
Malah ada juga yang memuja-muja individu yang tidak lah soleh.
Dan melebih-lebih dalam memuja seseorang yang bergelar 'tok sheikh'..


Ini lah yang dipanggil 'Ghuluw'..

Ada diantara mereka yang sanggup meminum ludah tok guru mereka.
Ada yang sering mengambil berkat dengan menyebut2 nama ulama mereka.
Sebagaimana nama yang sering menjadi sebutan ialah Sheikh Abdul Qadir dan Imam Ghazali.
ASTAGHFIRULLAH...

Ada yang pergi ke kubur-kubur ulama dan terus mencium lalu menyentuh batu nisan nya.
Sebagai pengampun dosa dan penyuci hati.
Kadang kala mereka berandaian perbuatan ini mampu membuang sial.

Ada juga yang duduk berintiqaf di kubur-kubur sambil berdoa dan meminta-minta.
Kononnya tempat tersebut ialah tempat-tempat dimustajabkan doa.
Lebih teruk lagi yang meminta-minta kepada roh tersebut.
Kononnya apa yang diminta akan dimakbul kan jua..

Ada yang turuti sahaja kata guru2 mereka..
Sehingga percayakan segalanya..
Sampaikan mengakui gurunya Imam Mahdi.
Ada yang mengaku Nabi Isa.
Ada yang mengaku Nabi baru..
Ada yang mengaku anak tuhan..
Ada yang mengaku dia lah tuhan.
dan lagi bodoh, pabila boleh ada orang yang percaya pada mereka.

Ada yang begitu memuja pemimpin mereka.
tokoh politik yang menjadi pujaan..
Wajah stiker nya di mana-mana.
Kalih kan kepala terlihat saja..
Kadang kala cara mengampu..
Kadang kala memang begitu..

Ada yang pujakan artis dan selebriti..
Di mana-mana kan kau lihat gambar mereka..
Dinding bilik, baju dan di semua sudut.
Hinggakan marah jika mengutuk mereka.
Ada yang sampai sanggup membeli rambut artis pujaan.
Biarpun harganya berjuta dolar amerika..

Hal-hal seperti diatas sudah tentunya dilarang dan ditegah dalam Islam.
Sedangkan Nabi SAW pun TIDAK MEMBERI kita (ummatnya) memuja-muja baginda
berlebih-lebihan..



ATAN: Diorang wali larr...wali takpe...

* Ada ke Wali yang akn jadi setaraf atau lebih taraf dari Nabi sehingga kita nak perlakukan begitu? Sedangkan Saidina Umar pun memusnahkan Makam Nabi Danial kerana 'risau' org memuja makam itu. Tiba-tiba kita lahir2 kat atas muka bumi ni buat perangai pergi memuja tok sheikh tok ustaz ni.


ATAN : Bukan puja apa lah..ni saje nk bgi semangat kat pemimpin..

* Bagi semangat perlukah sampai begitu sekali?
Kenapa tak ucapkan kata-kata semangat je? Kenapa lebih rmai yang letak gambar pemimpin mereka di pelbagai tempat. Malah, kadang kala boleh pula dituruti setiap apa yang pemimpin tu katakan walaupun dengan jelas perkara tu salah.. 
Pemimpin tu kata jangan buat hudud! akur...
Pemimpin tu kata buat kilang arak! akur...
Pemimpin tu kata bagi lesen judi! akur...
Pimpinan yang berbaik dengan Iran pun akur...
Pimpinan memuja Khomeini pun akurr..


ATAN: Aku minat..biar nk nk show off minat aku...


* Kalau rasa nak minat sangat, rasanya undi pun ok dah lah... 
Tak yah lah lebih-lebih ..
Yang pelik tu..
diorang boleh mengaku diri diorang..
Jozaners...
Biebers...
Kpopers...
Aronators...
dan sebagainya...

Sampaikan kalau kita tanya
"Sapa nama bini Shuib Sepahtu?"
pandai dia jawab Siti Sarah..

Bila tanya,
"Sapa nama isteri Nabi Ibrahim A.S?"
dijawabnya pula Khadijah...

Keartisan tu telah melebihi Islam itu sendiri...
Sedangkan Islam itu cara hidup..


Dan kekufuran 'ghuluw' ini kita boleh tengok dengan sangat banyak dalam kalangan Syiah.





HENTIKANLAH SEGALA PEMUJAAN..
BERHENTI MEMUJA SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI
BERHENTI MEMUJA IMAM GHAZALI
BERHENTI MEMUJA SAIDINA HASSAN
BERHENTI MEMUJA SAIDINA HUSSEIN
BERHENTI MEMUJA SAIDINA ALI
Puji lah mereka sekadar-kadar layak mereka..
Dan jangan lah melampaui batas..
Sedangkan Nabi SAW tidak pernah memuja Nabi Ibrahim sedemikian rupa.

Maka apa yang bukan dari nabi itu ialah bidaah..
semua yang bidaah itu ialah sesat
semua yang sesat itu membawa ke neraka..

___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments