Hubungan Antara Musnid Dunya Al-Fadani Dengan Ulama Wahabi

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani yang merupakan antara ulama Asyaariyah Nusantara yang paling mahsyur didunia telah memuji  Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab – sang pendiri Wahabi – dengan gelar Syeikul Islam. Malah beliau sendiri memiliki sanad yang bersambung  kepada Tokoh Wahabi tersebut.

Kemahsyuran Syeikh Al Fadani kerana beliau memiliki jalur-jalur riwayat hadis dan kitab yang berjumlah banyak dan riwayat-riwayat ini banyak yang berstatus ‘tinggi’. Lalu ramailah manusia datang mengambil riwayat hadis dan kitab daripadanya; sebagaimana dia dahulu telah bersusah payah menemui ratusan ulama untuk mengambil hadis dan kitab daripada mereka.

Para ulama Salafi tetap memuji kelebihan beliau dan datang belajar kepada beliau untuk mengambil sanad yang beliau miliki. Lihatlah betapa tinggi pujian yang diberikan oleh ulama Asyaariyah kepada sang Musnid ini.  Al-Habib Saqqaf bin Muhammad al-Saqqaf dari Hadramaut memanggil beliau sebagai ‘Suyuti Zamanihi”.

Dr Yusuf Abdur Razak dari kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar mengarang puisi: “Engkau di tengah kami adalah orang terpilih daripada orang yang terhormat, tidak pernah mata melihat manusia seumpama mereka”.



SYEIKH AL FADANI BELAJAR PELBAGAI ILMU DENGAN ULAMA WAHABI
Beliau terkenal dengan memiliki ratusan guru. Yang menariknya adalah beliau telah pun berguru secara langsung kepada jalur keturunan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Berikut adalah senarai guru beliau dari aliran Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah Tulen:

1.     Syaikh al-Allamah al-Musnid al-Mu’arikh Sulaimanbin Abdurrahman alu ash-Shani’ an-Najdi (lihat Mu’jam al-Ma’ajim jilid 3)

2.     Syaikh al-Allamah al-Musnid Abdullah bin Hasan bin Husein alu Syaikh an-Najdi (lihat  Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

3.     Syaikh al-Allamah Muhammad bin Abdul Aziz bin al-Mani an-Najdi (lihat Mu’jamal-Ma’ajim j 3) .

4.     Syaikh al-Allamah Muhammad bin Ali ibn Turki an-Najdi (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

5.     Syaikh al-Muhadits Ahmad bin Muhammad Syakir al-Mishri (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

6.     Al-Allamahal-Muhadits Abu Syu’aib bin Abdurrahman ad-Dukkali (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

7.     Syaikh al-Allamah Abdul Hamid bin Muhammad Mushthofa ibn Badis (lihat Mu’jamal-Ma’ajim j 3).

8.     Syaikh al-Mu’arikh al-Musnid Abdul Hafizh bin Muhammad Thahir al-Fasi (lihat Mu’jamal-Ma’ajim j 3).

9.     Syaikh al-Allamah al-Muhadits Abdurrahman bin Abdurrahim al-Mubarakfuri (lihat Mu’jamal-Ma’ajim j 3).

10.   Syaikh al-Imam Abdul Dhahir Abu Samah al-Mishri al-Makki (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

11.   Syaikh Al-Allamah al-Muhadits Ubaidullah bin Abdusalam al-Mubarakfuri (lihat Mu’jamal-Ma’ajim j 3).

12.   Syaikh al-Allamah Muhammad Bahjat al-Baithar (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

13.   Syaikh al-Muhadits Muhammad Abdurrazaq Hamzah (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

14.   Syaikh al-Musnid Muhammad Sulthan al-Ma’shumi al-Khujandi (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

15.   Syaikh Muhammad Thayib bin Ishaq al-Anshari at-Tumbakti (lihat Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

16.   Syaikh Hamid bin Adib Ruslan at-Taqi (lihat dalam Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

17.   Syaikh Abdussattar bin Abdul Wahab ad-Dihlawi (lihat dalam Mu’jam al-Ma’ajim j 3).

18.  Syaikh al-Allamah Yahya bin Muhammad bin Lathifullah Muhammad Syakur al-Ahnumi (lihat dalam Bulughul Amani).

Daripada sekitar 18 orang ulama Wahabi ini, ternyata empat daripada mereka telah terkenal dengan gelar Al Musnid. Malah gurunya yang berada pada no 2 yang menyandang gelar tersebut, adalah anak keturunan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Ulama Salafi zaman ini, antara contoh yang sudah mencapai tahap Musnid adalah Syeikh Rabi’ yang telah memiliki lebih dari 200 ijazah sanad hadis dan kitab yang berjaya beliau dapatkan. Manakala Syeikh 'Abdullah ibn Saalih al 'Ubayd memiliki lebih dari 600 ijazah sanad yang beliau dapatkan.

Ia menjadi hujjah bahawa ramai dikalangan ulama Salafi yang sebenarnya mendapat gelar Al Musnid, hanya sahaja mereka lebih gemar untuk “tidak membanggakan”sebagaimana sikap Asyaariyah-Sufiyah yang suka menjaja-jaja.



SYEIKH AL FADANI MEMUJU-MUJI SYEIKUL ISLAM MUHAMMAD ABDUL WAHHAB

Dalam ringkasan tsabat gurunya yang bernama Syaikh Umar Hamdan al-Mahrasi, berjudul Ithaful Ikhwan, beliau memuji Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab dengan sebuah pujian yang tertinggi, yang tidak akan kita dapatkan dari Asyaariyah yang lebih rendah martabatnya dari Syeikh Al Fadani. Beliau berkata:

“(Syaikh Muhammad Abid As-Sindi meriwayatkan) dari Syaikh Abdullah bin Muhammad an-Najdi dari ayahnya iaitu Syaikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahaban-Najdi dengan riwayatnya dari al-Bashri”.

Tidak cukup sekali itu, rupanya Syeikh Al Fadani mengulangi pujian  tersebut saat menjelaskan ijazah milik Syaikh Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi. Beliau memanggil Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dengan gelar: “Syaikhul Islam,al-Imam, al-Mujadid”.

Oleh itu, kaum Asyaariyah wajar renung kembali kepad segala caci makidan hamun mereka kepada Syeikul Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab. Lantaran ulama kalian yang paling agung dalam disiplin riwayah sehingga disebut ‘Musnid Dunya’ telah memberikan gelar paling tinggi dalam hirarki perguruan iaitu Syeikul Islam.

Dan Musnid Dunya itu memegang rantaian tali yang bersambung kepada“Tokoh Wahabi” yang kalian sesatkan serta benci itu.


SYEIKH AL FADANI MEMPELAJARI DAN MENGAMBIL SANAD KITAB WAHABI
Kemudian Syeikh Al Fadani juga belajar kitab-kitab Wahabi serta berusaha mengambil sanadnya daripada ulama-ulama Wahabi.  Dalam Bulughul Amani dinyatakan bahawa Syeikh Al Fadani telah mengkhatamkan kitab Aqidah Wasitiyah karya Ibn Taimiyyah, Kasyfusy Syubhat karya Muhammad Bin Abdul Wahhab dan Manzumah Aqidah Safarini kepada gurunya yang bernama Syaikh al-Allamah al-Fardhi Zubair bin Haji Ahmad Ismail al-Indunisi al-Ghulfulani.

Dalam kitab yang sama turut dinyatakan bahawa beliau membacakan kitab Al Ibanah karya Imam Abul Hasan dan Kitab Tauhid karya Muhammad Abdul Wahhab kepada Syaikh Umar Hamdan al-Mahrasi. Dan beliau membacakan kitab Ushul Tsalasah karya Muhammad Bin Abdul Wahhab dan Al I'tiqad karya Ibn Qudamah kepada gurunya yang bernama Sayyid Hasyim bin Abdullah bin Umar bin Muhammad Syatha bin Mahmudal-Makki asy-Syafi’i.

Sesungguhnya Syaikh Fadani telah meriwayatkan Kitab Tauhid dan Kitab-Kitab lain karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab melalui jalan beberapa gurunya yang salafi seperti Syaikh Ali bin Ali al-Habsyi al-Madini, SyaikhAbdullah bin Muhammad al-Ghazi dan Syaikh Abdussattar ad-Dihlawi al-Atsari.

Kemudian Syeikh Al-Fadani juga meriwayatkan kitab Fathul Majid Syarh Kitabat-Tauhid karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan alu Syaikh, cucu kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab melalui jalan gurunya yang bernama Syaikh Baqir bin Muhammad Nur al-Jukjawi (w. 1363 H) yang telah meriwayatkan dari jalan gurunya bernama Al Musnid As Syaikh Ahmad bin Ibrahim bin Isa an-Najdi As Salafi.  Dan Syaikh Ahmad pula meriwayatkannya langsung dari penulisnya iaitu Syaikh Abdurrahman bin Hasan. Dalam masa yang sama, Syaikh Baqir juga meriwayatkan dari jalan lain iaitu diambil dari seorang ulama salafi yang bernama  al-Allamah Maghrib Abu Syu’aib bin Abdurrahman ad-Dukkali.



KEAGUNGAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHHAB DALAM BIDANG HADIS DAN PERAWI HADIS
Cukuplah kiranya menjadi hujjah kepada kaum Asyaariyah bahawa kedudukanSyeikh Muhammad begitu tinggi pada orang yang berilmu, sebagaimana dapat dirasakan oleh  Musnid Al Dunia Syeikh Al Fadani. Beliau telah memberikan gelar Syeikul Islam kepada Syeikh Muhammad.

Sementara itu Syaikh al-Musnid Ismail Muhammad al-Anshari  dalam kitabnya berjodol Hayat Syaikh Muhammadbin Abdul Wahab menulis:  “Syaikhul Islam dan al-Mujadid abad 12 H”. Sedangkan Syaikh al-Musnid Hammad bin Muhammadal-Anshori mengatakan pula: “Muhammad bin Abdul Wahab diakui sebagai Mujadid Tauhid di abad pertengahan” (al-Majmu).

Untuk dalam bidang hadis pula, ternyata selain beliau, seorang lagi ulama besar Asyaariyah Nusantara dari Jogja yang merupakan guru kepada Syeikh Al Fadani, turut mengambil sanad dari jalan yang bersambung kepada Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Yang dimaksudkan adalah Syaikh al-Musnid Muhammad Bakir Nur al-Jugjawi.

Sungguh Syeikh Muhammad telah mengumpulkan banyak sanad antaranya adalah Sanad  Fiqh Imam Ahmad yang beliau ambil dari ayahnya al-Qadhi Syaikh Abdul Wahab bin Sulaiman, dari datuknya Syaikh Sulaiman bin Ali, seorang mufti Najd, yang sanad ini terus bersambung sehingga kepada Imam Ahmad. Kemudian Syeikh Muhammad juga memiliki sanad hadis musalsal bil awwaliyah dan sanad musalsal Hanabilah.

Berikut adalah antara sanad ijazah yang telah diperoleh beliau:

1.      Sanad Fiqh Imam Ahmad dari ayahnya.

2.      Sanad Fiqh Imam Ahmad dari Bapa Saudaranya, al-Qadhi Syaikh Ibrahim bin Sulaiman.

3.      Sanad dari Syeikh Al Musnid  Abdullah bin Salimal-Bashri.

4.      Sanaddari Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi.

5.      Sanad hadis musalsal bil awwaliyah dan musalsal Hanabilah, serta mendapat ijazah ammah dari apa-apa yang ada dalam Tsabat Abu Muwahib dari Syaikh Abdullah bin Ibrahim al-Faradhi al-Hanbali.

6.      Sanad dari Tsabat Abu Muwahib yang didapatkan dari tiga murid beliau iaitu iaitu Syaikh Ismail al-Ajluni, Syaikh Ali Afandi ad-Dagistani dan Syaikh Abdul Latif al-Ahsa'i.



Dari sini kita melihat bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab memiliki sanad yang tinggi (aliy), ketika beliau berjaya memperoleh ijazah daripada Syeikh Al Musnid Abdullah bin Salim Al Bashri. Syaikh Abdul Hayy al-Kattani dalam Fihras al-Faharis wa al-Atsbat wa Mu'jam al-Ma'ajim wa al-Mashyakhat waal-Musalsalat cuba berusaha untuk membantah pemberian sanad ini kerana dia beranggapan kedua-dua syeikh tersebut tidak bertemu kerana berlainan daerah kawasan, lalu berliau mengulas:

“Seandainya shahih riwayat Muhammad bin Abdul Wahab dari al-Bashri, hal ini menjadikan beliau merupakan akhir muridnya di dunia”.

Tetapi cubaan meragukan terjadinya pemberian sanad ini telah dijawab oleh banyak pihak termasuk dua orang Musnid Asyaariyah Nusantara. Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan gurunya, Syaikh Umar Hamdan al-Mahrasi dalam Ithaful Ikhwantelah berkata:

“(Syaikh Muhammad Abid As-Sindi meriwayatkan) dari Syaikh Abdullah binMuhammad an-Najdi dari Bapaknya, Syaikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahaban-Najdi, dengan riwayatnya dari al-Bashri”.

Dan kita meyakini perkataan Syeikh Al Fadani ini jujur dan punya  kredibiliti lantaran telah mahsyur kedudukannya di kalangan ahli hadis. Sampai  kata Syaikh Hammad bin Muhammad al-Anshori: “Sesungguhnya al-Fadani, penjaga ilmu isnad, dan aku tidak mengetahui seorang pun yang lebihalim darinya dalam ilmu ini”.

Kalau Syeikh Al Fadani membantah melalui jalan periwayatan yang beliau miliki, maka demikian pula para ahli sejarah telah mencatitkan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mengambil sanad ini pada usia remaja, iaitu ketika dia keluar buat pertama kalinya menuju ke Makkah pada tahun 1127H lalu bermukim di sana selama dua bulan.

Pada kesempatan itulah beliau mendatangai Syeikh Abdullah Al Bashri. Hal ini banyak diakui oleh tokoh seperti Syaikh Dr. Shalih al-‘Ubud dalam kitabnya Aqidah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab Salafiyyah fi al-Ilm al-Islami.


Kesannya Syeikh Muhammad memiliki sanad yang berkedudukan tinggi jika dibandingkan ulama sezaman dengannya, sehingga dia dianggap murid terakhir bagi Syeikh Al Musnid Abdullah al-Bashri yang selama ini banyak manusia menganggap murid terakhir al-Bashri adalah Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Maghribi yang meninggal tahun 1201 H.

Dalam bahasa yang mudah:

(1) sanad yang dimiliki oleh Syeikh Muhammad lebih pendek berbanding ahli hadis yang lainnya pada zaman beliau.

(2) kedudukan beliau pada mata-rantai hadis seolah-olah menyamai kedudukan guru beliau, contohnya Syeikh Hayat As Sindi. Dan sekaligus mengatasi kedudukan ulama hadis di zamannya seperti As Saukani, Muhammad Al Alusi dan AdDahlawi.

Maka sangat jelas kepada orang yang berilmu akan kedudukan Syeikul Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab dalam bidang hadis. Al-Musnid as-Salafi Badr bin Ali bin Thami al-‘Utaibi berkata:

“Imam Muhammad bin Abdul Wahab, dan anaknya Abdullah, dan cucunya Abdurrahman bin Hasan, dan dua anaknya Abdul Latif bin Abdurrahman bin Hasan dan Ishaq bin Abdurrahman bin Hasan, juga Abdullah bin Abdurrahman Aba Bathin, dan Hamad bin‘Atiq, dan Sa’ad bin Hamad bin Atiq, dan Muhammad bin Abdul Latif dan Ali bin Nashr Abu Wadi dan jamaah dari ulama Najd, semuanya ahli dalam periwayatan, menerima dan menyampaikan hadits (tahammul wa adau’al hadits)”. (Liqaul ‘AsyrilAwakhir bil Masjidil Haram)

Dengan keunikan tersebut, menghasilkan satu fenomena yang jarang terjadi  iaitu sanad Musalsal keluarga Muhammad Bin Abdul Wahhab; sepertimana musalsal keluarga Ibnu ‘Abidin, atau keluargaal-Ahdal dan yang lainnya. Iaitu sanad yang bersambung dan diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang ada dalam sebuah keturunan keluarga.


Diringkas dari artikel Abu Abdillah As Surianji



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments