OLEH : Ustaz Huzaifah Hadis
Dah agak, bila video viral, ada yg sibuk salahkan guru tu. Sedangkan punca asal daripada murid bermasalah tu.
Kalau murid tu tak buat masalah tentu video tak viral. Kira ok sgt2 guru tu tak bertindak balas.
Masing-masing yang backup ada yang kata fikir masa depan budak tu. Tapi tak fikir apa yang guru tu hadap budak bermasalah itu hari-hari.
Sebab dia tahu salah tu asalnya daripada dia. Bukan orang lain. Sudahlah bermasalah, ada org luar yang tak pernah merasai situasi jaga murid bermasalah ini cuba untuk jadi hero.
Belum tentu dia boleh bersabar jikalau betul situasi ini berlaku kat dia. Itu sebenarnya hukuman untuk murid tersebut kerana bersikap sedemikian pada guru.
Kenapa ia berlaku, sebab guru sekarang tak boleh sentuh murid.
Natijahnya, guru cuma boleh rakam video sebagai bukti betapa kritikalnya segelintir akhlak murid sekarang.
Ingat guru ini seronok nak bawa murid bermasalah ke balai dsb. Hakikatnya guru lagi suka selesaikan masalah ini secara dalaman daripada dibawa ke pihak polis. Kalau boleh sejahat macam mana murid itu, biarlah rekod dia habis di bilik disiplin, bukan dalam rekod polis dsb.
Sebab bila rekod sudah di pihak polis, sukar untuk masa depan murid bermasalah ini. Tak perlu viral pun, reputasi murid ini sudah jatuh.
Tetapi bila kalau guru sentuh murid akan ada isu saman menyaman dsb, akhirnya inilah jalan terakhir yang boleh dibuat.
Sebab itu sebelum memberi komen, letakkan kaki didalam situasi guru tersebut.
Comments
Post a Comment