Jangan Terlalu Cepat Menghukum Negara Arab

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Orang yg terpaling bising tentang bangsa Arab tak nak bantu Palestin ikut kaca mata mereka, mereka tak sedar, di sekeliling kita ni masih ada ramai lagi umat Islam yang dizalimi hingga sekarang.

Di Filipina (Mindanao) , di Thailand( Pattani) , Myanmar(Rohingya) , Kemboja dll. Tapi apa yg kita buat untuk bantu mereka.
Sepertimana kemakmuran Saudi membantu pelarian Syria, Burma, Palestin dll, begitu jugalah kemakmuran di negara kita ini banyak membantu umat Islam di negara-negara berkenaan.
Begitu juga membantu negara Indonesia dan Bangladesh. Kita ada banyak NGO yang membantu pada kadarnya untuk penduduk-penduduk Islam di negara berkenaan juga.
Tetapi kaedah kita sama juga seperti kaedah Saudi, bantu dengan pekerjaan, bantuan kemanusiaan dll. Kita tak bantu bagi senjata pada negara ini sebab kita tahu kemampuan negara kita daripada sudut persenjataan.
Bahkan Arab Saudi bantu umat Islam lebih jauh lagi. Seperti di Eropah, Amerika pun, bab pembangunan Islam dan institusi dakwah banyak didanai oleh Arab Saudi atas pelbagai yayasan.
Jadi, kalau kita kecam negara Arab yang kaya tak bantu Palestin, boleh tak kalau negara-negara Arab yang kaya ni kecam kita juga sebab tak selesaikan umat Islam yang tertindas di negara-negara Asean ini?
Kenapa?
Sebab mereka jiran dengan kita. Tetapi kita pun tak bantu mereka dengan senjata. Kita pun gunakan rundingan, diplomasi, bantuan kemanusiaan untuk bantu mereka.
Sepatutnya kita bersyukur kerana negara kita makmur. Ramai orang Islam yang datang daripada negara tertindas termasuk Palestin sendiri, ada yang bermastautin di sini. Samada belajar, kerja profesional dsb. Tak perlulah kita jadi rasa terpaling alert dengan Palestin. Setiap negara Islam, ada kaedah dan caranya dalam membantu negara Islam lain yang tertindas.



Photo by Mahmoud Ayad on Unsplash

Comments