Peringatan Keras Rasulullah ﷺ Terhadap Pemimpin-Pemimpin Yang Zalim Dan Pendusta, Serta Larangan Menyokong Atau Membantu Kezaliman Mereka

OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy

Ka'ab bin Ujrah raḍiyallāhu 'anhu berkata:
خَرَجَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ، خَمْسَةٌ وَأَرْبَعَةٌ، أَحَدُ العَدَدَيْنِ مِنَ العَرَبِ وَالآخَرُ مِنَ العَجَمِ، فَقَالَ:
"اسْمَعُوا، هَلْ سَمِعْتُمْ أَنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ، فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي، وَلَسْتُ مِنْهُ، وَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الحَوْضَ.
وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، وَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي، وَأَنَا مِنْهُ، وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الحَوْضَ."
— رواه الترمذي (٢٢٥٩)، وقال: حديث صحيح غريب
Sanad dan status hadis :
Perawi: Khabar ini diriwayatkan oleh كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه
Dinilai sahih oleh Imam al-Tirmiżī dan juga Aḥmad Shākir (صحيح الإسناد) dalam *Takhreej al-Musnad* (8/62).
Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Bazzār (5950) dan al-Ṭaḥāwī dalam *Mushkil al-Āthār* (1346).

Maksud hadis secara ringkas :
1. Nabi ﷺ memberi amaran bahawa akan muncul pemimpin yang zalim dan pendusta selepas baginda.
2. Siapa yang menyokong mereka (dengan membenarkan kebohongan mereka dan membantu kezaliman mereka), akan terputus dari Rasulullah ﷺ — bukan dari golongan baginda, dan tidak akan minum dari telaga al-Ḥauḍ pada hari kiamat.
3. Sebaliknya, yang menolak dan tidak membantu mereka, adalah dari golongan Nabi ﷺ dan akan diberi minum dari al-Ḥauḍ.

Iktibar Dan Pengajaran:
1) Larangan keras terhadap membantu atau menyokong pemerintah yang zalim.
2) Membenarkan pemimpin yang berdusta dan menindas adalah salah satu bentuk pengkhianatan kepada Rasulullah ﷺ.
3) Hadis ini membuktikan bahawa kesetiaan kepada Nabi ﷺ menuntut kita agar tidak menjadi alat atau penyokong kezaliman, walaupun ia datang dari pemerintah.
4) Ujian akhir zaman adalah pada siapa yang mampu berdiri dengan kebenaran, walaupun melawan arus.


Photo by Anne Nygård on Unsplash


Comments