OLEH : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
“𝑺𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕 𝒊𝒍𝒎𝒖, 𝒏𝒂𝒎𝒖𝒏 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒕, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒎𝒂𝒍𝒂𝒔 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒉𝒊𝒏𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒋𝒖𝒋𝒖𝒓 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒏𝒊𝒂𝒕 𝒃𝒂𝒊𝒌𝒏𝒚𝒂.” - 𝑨𝒍-𝑰𝒎𝒂̄𝒎 𝑨𝒍-𝒁𝒂𝒉𝒂𝒃𝒊
Al-Imām Mis’ar bin Kidām Al-Hilāli رحمه الله pernah berkata :
إِنَّ هَذَا الحَدِيْثَ يَصُدُّكُم عَنْ ذِكْرِ اللهِ، وَعَنِ الصَّلاَةِ، فَهَلْ أَنْتُم مُنْتَهُوْنَ؟
Mengulas kenyataan ini, Al-Imām Al-Zahabi رحمه الله (w. 748 h.) berkata :
هَذِهِ مَسْأَلَةٌ مُخْتَلَفٌ فِيْهَا: هَلْ طَلَبُ العِلْمِ أَفْضَلُ، أَوْ صَلاَةُ النَّافِلَةِ وَالتِّلاَوَةُ وَالذِّكرُ؟
فَأَمَّا مَنْ كَانَ مُخلِصًا للهِ فِي طَلَبِ العِلمِ، وَذِهنُه جَيِّدٌ، فَالعِلْمُ أَوْلَى، وَلَكِنْ مَعَ حَظٍّ مِنْ صَلاَةٍ وَتَعَبُّدٍ، فَإِنْ رَأَيتَه مُجِدًّا فِي طَلَبِ العِلْمِ لاَ حظَّ لَهُ فِي القُرُبَاتِ، فَهَذَا كَسلاَنُ مَهِيْنٌ، وَلَيْسَ هُوَ بِصَادِقٍ فِي حُسنِ نِيَّتِه،
Terjemahan : Ini merupakan isu yang para ulama berbeza pendapat berkenaannya. Adakah menuntut ilmu itu lebih afdal ? Atau solat sunat, bacaan Al-Quran, dan zikir itu yang lebih afdal ?
Adapun seseorang yang ikhlas niatnya kerana Allah dalam menuntut ilmu, akal fikirannya juga bagus, maka menuntut ilmu adalah lebih utama buat dirinya. Akan tetapi, hendaklah ia disekalikan dengan bahagiannya dari solat dan ibadat. Sekiranya kamu melihat seorang penuntut ilmu yang bersungguh dalam menuntut ilmu, namun tiada bahagiannya dalam ibadat, maka dia merupakan seorang yang pemalas lagi hina, dan dia tidak jujur dalam niat baiknya.
Kemudian Al-Zahabi menyambung kata-katanya :
وَأَمَّا مَنْ كَانَ طَلَبُه الحَدِيْثَ وَالفِقْهَ غِيَّةً وَمَحبَّةً نَفْسَانِيَّةً، فَالعِبَادَةُ فِي حَقِّه أَفْضَلُ، بَلْ مَا بَيْنَهُمَا أَفْعَلُ تَفْضِيلٍ، وَهَذَا تَقسِيْمٌ فِي الجُمْلَةِ، فَقَلَّ -وَاللهِ- مَنْ رَأَيتُه مُخلِصًا فِي طَلَبِ العِلْمِ.
Terjemahan : Adapun seseorang yang menuntut ilmu hadis dan fiqh dengan tujuan yang salah serta kecintaan terhadap nafsu, maka beribadah pada hak dirinya adalah lebih afdal. Bahkan terdapat perbezaan fadilat yang besar antara keduanya. Inilah pembahagian secara umumnya. Sangat sedikit - wallāhi - mereka yang aku lihat benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu.
Rujuk Siyar A’lām Al-Nubalā’, Al-Zahabi (7/167)
Saya katakan : Jika begini keadaannya sebahagian penuntut ilmu pada zaman Al-Zahabi, bagaimanakah jika beliau masih hidup dan melihat keadaan penuntut ilmu pada hari ini ?
نسأل الله العفو والعافية وأن يرزقَنا الإخلاص في العمل وحسنَ النيات
Muhammad Fahmi Rusli
Photo by Rachelle Magpayo on Unsplash

Comments
Post a Comment