OLEH: Taufiq Tuah
-Riwayat Imam Bukhari (3261)
Entry kali ini akan membongkar sedikit daripada beratus kesilapan di dalam berqasidah dan marhaban.. Orang Melayu nusantara sering menganggap bahawa berqasidah itu boleh.. Mungkin kerana yang membawa syair-syair tersebut adalah orang-orang seberang yang pandai berbahasa Arab, pakai serban, jubah putih dan ridha.. Padahal, hukum sesuatu perkara bergantung kepada dalil dan nas.. Bukan bergantung kepada penampilan pakaian seseorang...
1. PERKATAAN NUR MUHAMMAD
Kalau kita dengarlah lirik-lirik dan bait-bait syair dalam Qasidah and Marhaban ini kita akan dengar perkataan,
'NUR MUHAMMAD'...
Mana datang perkataan Nur Muhammad?
Cahaya Muhammad?
ATAN: Eh... Bukan kah ada dalam Hadith perkataan Nur Muhammad tu???
* Memanglah thabit hadis tapi semua hadith yang cerita pasal Nur Muhammad ialah
Malah, 'An-Nur' itu sebenarnya salah satu daripada Asma Allah SWT. Sebagaimana adanya nama tersebut di dalam Al-Quran surah An-Nur. Sekali-kali tidak masuk akal, nama Allah SWT dijadikan pula nama bagi Rasulullah SAW.
Ini semua ialah ajaran-ajaran sonsang daripada Wahdatul Wujud yang telah berkembang di Nusantara.
Berhibur itu ada batasnya. Namun jelas bahawa berhibur dengan melakukan bidaah ialah perbuatan yang haram. Lihatlah bagaimana mereka yang berqasidah ini akhirnya menjadi gila isim atas perbuatan mereka. Semuanya berpunca dengan tunasnya iaitu melambai sambil menggerakkan kepala ketika berzikir. Akhirnya, jadi seperti video di bawah. Nauzubillah.
amaenjadi musibah apabila kita tanya kepada anak-anak kita cara berselawat, ada yang menjawab dengan bacaan syair itu. Maka sila semak bacaan selawat daripada anak-anak kita supaya mereka juga tidak terkeliru di antara syair dan selawat.
ATAN: Eh... Bukan kah ada dalam Hadith perkataan Nur Muhammad tu???
* Memanglah thabit hadis tapi semua hadith yang cerita pasal Nur Muhammad ialah
hadis PALSU... Maka hadis palsu sebagaimana yang kita imani, tidak boleh menjadi hujah dalam agama.
Malah, 'An-Nur' itu sebenarnya salah satu daripada Asma Allah SWT. Sebagaimana adanya nama tersebut di dalam Al-Quran surah An-Nur. Sekali-kali tidak masuk akal, nama Allah SWT dijadikan pula nama bagi Rasulullah SAW.
Ini semua ialah ajaran-ajaran sonsang daripada Wahdatul Wujud yang telah berkembang di Nusantara.
2. KRONOLOGI YA TAYBAH @ YA TAIBAH @ YA TOIBAH
Orang-orang Nusantara agak mudah kagum dengan perkataan-perkataan Arab. Bagi sebahagian masyarakat, semua perkataan Arab ialah mulia. Maka mudahlah ajaran sonsang disuntik di dalam masyarakat hanya bermodalkan istiah-istilah Arab yang mereka perkenalkan.
Nusantara kononnya menganggap perkataan 'Ya Taibah' di dalam syair Qasidah itu bermaksud 'Madinah Al Munawwarah'. Sedangkan lagu asal Ya Taibah itu ialah milik orang-orang Syiah..
'Taibah' sebenarnya ialah nama lain untuk Saidina Ali RA bagi orang-orang Syiah..
Maka menyanyikan kalimah Ya Taibah sebenarnya juga membawa maksud Ya Ali. Kita pula sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ramai yang terikut-ikut akan syair bawakan Syiah ini.
ATAN: Eh.. tu versi lain..Kita punya versi Ahli Sunnah..Maka, boleh....
*Jika kita berpandangan sedemikian, maka secara tidak langsung kita telah menjadikan amalan Syiah sebagai amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rasulullah SAW tidak pernah mengajarkan syair tersebut sebagai amalan, maka tidak perlu lah kita beria-ria dalam mengagungkan amalan tersebut. Malah lagu 'Ya Taibah' itu dipopularkan di Nusantara oleh Hadad Alwi. Kita juga tahu bahawa Hadad Alwi membawa kecenderungan dengan Syiah pada lagu-lagunya.
Maka bagaimana kita boleh 'mengahlisunnahkan' apa yang sudah jadi milik Syiah?
Bolehkah kita 'mengahlisunnahkan' hari natal?? Sudah tentu tidak boeh. Kita hanya boleh beramal yang ada dalilnya dari Rasulullah SAW dan bukannya daripada cedokan Syiah.
Bolehkah kita 'mengahlisunnahkan' hari natal?? Sudah tentu tidak boeh. Kita hanya boleh beramal yang ada dalilnya dari Rasulullah SAW dan bukannya daripada cedokan Syiah.
Menjadi musibah apabila anak-anak kita juga telah diajar untuk melagukan syair ini dengan alasan 'benda baik tidak mengapa'. Tegah lah anak kita daripada amalan-amalan Syiah ini.
3. KRONOLOGI YA HABIBAH QALBI YA UMMI
Perkataan 'Ya Ummi' dalam lirik syair ini dirujuk kepada Saidatina Khadijah RHA..
Kerana Ummi itu ibu dan ibu orang-orang beriman ialah isteri-isteri Rasulullah SAW..
Benarkah kalimah 'Ya Ummi' untuk Saidatina Khadijah?
ATAN: Itu maksudnya Saidatina Khadijah larrr... Apa yang salahnya??
Sebenarnya syair ini juga berasal dari golongan Syiah. 'Ya Ummi' di dalam ajaran Syiah disandarkan kepada Saidatina Fatimah. Maka setiap kali mereka melaungkan 'Ya Ummi', mereka sebenarnya sedang memuja Saidatina Fatimah RHA sebagaimana amalan kebiasaannya.
Jika benar 'Ya Ummi' membawa maksud 'Ibu Orang-Orang Beriman', sepatutnya mereka tidak menyebut 'Ummi' kerana perkataan 'Ummi' itu sendiri bersifat Mufrod (Singular). Di situ kita dapat menyimpulkan bahawa syair ini sedang membawa maksud 'seorang ibu'. Ini bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana bagi kita, ibu kepada orang beriman bukanlah Saidatina Khadijah RHA seorang. Malah, kesemua isteri-isteri Rasulullah SAW itu ialah ibu kepada orang-orang beriman.
Maka sebutan yang sepatutnya ialah 'Ummul Mukminin' dan bukannya 'Ummi'. Jika benar syair ini untuk 'Ummul Mukminin, maka sepatutnya tidak dikhaskan kepada Saidatina Khadija RHA seorang. Lirik ini membuktikan bahawa syair ini memang ingin ditujukan kepada seorang ibu dan hanya Syiah yang mengatakan ibu orang-orang beriman hanyalah seorang.
Jika benar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang melagukan syair ini memaksudkan Ummul Mukminin, adakah Allah dan rasulNya akan redha akan hal itu? Berdasarkan hadis di awal artikel, maka jelas bahawa perbuatan ini ialah perbuatan melampau. Sedangkan memuja Rasulullah SAW secara berlebihan juga ditegah, ini kan pula yang memuji isteri-isteri baginda.
4. LIRIK SIDNAN NABI
Sedikit lirik dari 'Sidnan Nabi' berbunyi..
Sidnan nabi..Sidnan Nabi... Sidnan Nabi..
(nama ulama) habibinnabi...
habibinnabi bermaksud , 'kekasih nabi'.
Mereka dengan sewenang-wenangnya mengatakan 'ulama' mereka sebagai kekasih nabi. Layakkah mereka mendakwa perkara seperti itu? Mustahil bagi mereka tahu samada seseorang iu kekasih Allah SWT ataupun tidak kecuali yang telah diberitahu secara jelas oleh Al-Quran dan Hadis sahih.
Namun antara nama yang selalu disebut ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Nauzubillah. Perbuatan ghuluw dan taksub ini menular di dalam masyarakat. Bagaimana mereka tahu Sheikh Abdul Qadir Jailani sebagai kekasih Allah SWT sedangkan tidak ada dalil yang menyebut namanya. Ini bermaksud mereka sedang berkata apa yang mereka tidak tahu. Perbuatan ini telah tegah di dalam Al Quran melaui Surah Al-Aaraf ayat 33.
".......dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. "
Sedangkan Rasullah SAW sendiri tidak boleh dipuja berlebihan. Inikan pula penama-penama yang tidak layan dibandingkan dengan Rasulullah SAW seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani. Memuja ulama secara berlebihan ini ialah perbuatan-perbuatan Syiah.
5. PERANGAI PARA QASIDAHSTER
Lihatlah bagaimana mereka menjalankan majlis-majlis mereka dengan muzik-muzik yang lagha. Kononnya mereka membenarkan untuk berdakwah dengan hiburan. Lalu mereka mulai berqasidah sambil melambai-lambai dan menggerak-gerakkan kepala kononnya telah khayal dengan kemanisan dakwah. Mereka merasakan qasidah yang mereka lagukan itu sama darjatnya dengan selawat. Ini semua ialah ajaran-ajaran batil yang disuntik oleh ulama-ulama usuk mereka. Perbuatan-perbuatan ini juga telah melanggar adab-adab bermajlis di dalam Islam. Malah di dalam majlis Islam tidak pernah disyariatkan untuk bertepuk tangan. Maka menyanyi dan terkinja-kinja telah melanggar adab-adab dari Islam.
ATAN: Mereka cuma bersemangat nak puji tuhan larr...
Pujilah Allah SWT sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Cukuplah dengan menyebut 'Subhanallah' atau 'Alhamdulillah' atau 'Allahuakbar' atau 'Masyaallah' dan zikir-zikir ringkas lainnya. Ikutilah zikir-zikir sahih tanpa menokok-tambah walaupun setitik dari perkataan itu.
ATAN: Ini hiburan larr.. Nabi tak larang kita nak berhibur...
Berhibur itu ada batasnya. Namun jelas bahawa berhibur dengan melakukan bidaah ialah perbuatan yang haram. Lihatlah bagaimana mereka yang berqasidah ini akhirnya menjadi gila isim atas perbuatan mereka. Semuanya berpunca dengan tunasnya iaitu melambai sambil menggerakkan kepala ketika berzikir. Akhirnya, jadi seperti video di bawah. Nauzubillah.
6. AJARAN YANG DIBAWA
Setengah majlis Qasidah ni kita tengok mereka menampil kan berberapa
'ulama' Syiah dan Khawarij. Kadang kala dibawa juga ulama - ulama tarekat yang merosakkan akidah Islam. Kadang-kala mereka diimport dari luar negeri supaya kita tidak mengetahui latar belakang mereka. Namun, akhirnya dengan izin Allah SWT kita tahu latar belakang mereka. Mereka ini telahpun mendakwa telah beryaqazah dengan Rasulullah SAW. Kononnya mampu melihat kelibat dan zat Rasulullah SAW secara sedar. Ini semua ialah dakwaan karut daripada puak mereka.
7. LIRIK ISYFA' LANA YA RASULALLAH YA NABI
ada lirik qasidah yang berbunyi,
"Isyfa'lana lana lana ...
ya habibana"
yg bermaksud,
"Berikan kan lah aku syafaat..
wahai kekasih ku (Rasulullah SAW)"
Adakah boleh kita meminta-minta syafaat kepada Rasulullah SAW setelah kewafatan baginda?
ATAN : Nabi kan memang boleh bagi syafaat!!
Benar Rasulullah SAW boleh memberi syafaat. Namun Rasululah SAW telah wafat. Menyebut "Ya Habibana" di dalam qasidah itu seolah-olah kita sedang bercakap dengan Rasulullah SAW secara bersemuka sedangkan Rasulullah SAW telah wafat. Maka ini ialah perkataan yang menjurus kepada syirik kerana seolah-olah kita meminta kepada Roh Rasulullah SAW. Sepatutnya kita meminta-minta dan berdoa kepada Allah SWT dan bukannya kepada Roh Rasulullah SAW.
Malah perkataan yang lebih baik sebenarnya ialah,
"Ya rabb" kerana kita hanya boleh meminta kepada Allah SWT. Antara cara yang lebih baik untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah SAW iala dengan berselawat keatas baginda dengan selawat-selawat yang sahih.
Malah perkataan yang lebih baik sebenarnya ialah,
"Ya rabb" kerana kita hanya boleh meminta kepada Allah SWT. Antara cara yang lebih baik untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah SAW iala dengan berselawat keatas baginda dengan selawat-selawat yang sahih.
8. SALALLAHU A'LA MUHAMMAD
Ramai diantara mereka mengatakan 'Salallahu ala muhammad' itu selawat. Wal hal, selawat yang sahih ialah sebagaimana yang kita bacakan ketika tahiyat akhir di dalam solat.
Adapun lafaz "salallahu ala muhammad" itu hanyalah syair dan bukannya selawat.
amaenjadi musibah apabila kita tanya kepada anak-anak kita cara berselawat, ada yang menjawab dengan bacaan syair itu. Maka sila semak bacaan selawat daripada anak-anak kita supaya mereka juga tidak terkeliru di antara syair dan selawat.
9. PADA PANDANGAN IMAM SYAFIE
Imam Syafie berpandangan,
"Aku tinggalkan kota Baghdad..Satu benda yang dibuat oleh orang Zindiq ..mereka menamakan majlis mereka majlis Tahyir iaitu zikir syair-syair yg di dalamnya di lunakkan suara dengan iringan pukulan muzik."
Imam Syafie juga mengatakan perbuatan ini ialah perbuatan yang Zanabiqah (golongan yang Munafiq.. Setengah ulama hadis mengatakan orang Zanabiqah ialah tiada agama atau Atheis..)
ATAN : APA PULAK! kami nak ingat tuhan dengan cara kami lah!
Imam Syafie berkata lagi,
"tujuan mereka ialah kerana mereka tidak suka pada Al-Quran tetapi suka pada bacaan bait2 mereka"
10. PADA PANDANGAN IMAM AS-SUYUTI
Dalam kitab karangannya Al Amru Bil Ittiba' Wan Nahyu 'Anil Ibtida',
"dan diantaranya menari, menyanyi dalam masjid. Memukul kompang atau gendang, jenis alat bertali seperi biola atau selain itu dari jenis-jenis alat muzik. maka sesiapa melakukan perkara tersebut di dalam masjid, mereka ialah mubtadi' (pelaku bidaah yg sesat) perlu dihalau dan boleh dipukul."
Maka telah disangkal perbuatan-perbuatan mereka ini oleh Imam Syafie RH dan Imam As-Suyuti RH.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment