OLEH: Taufiq Tuah

Namun Islam datang dengan penuh keadilan. Menghapuskan semua perkara di atas dengan syariat yg Islam ada.
Dalam Islam, wanita yg bergelar ibu diberi darjat yg tinggi. Islam mengatakan bahawa 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' menandakan seorang anak perlu menghormati ibu mereka.
Ini lah pangkat yg paling mulia seorang wanita mampu capai yg mana lelaki tidak mampu mencapainya.
Ibu disebut tiga kali oleh Rasulullah ketika ditanya siapakah yg kita harus berbakti padanya selepas Allah dn Rasul. Sperti mana di dalam hadis riwayat Imam Bukhari no.5971.
Islam menjaga maruah wanita dengan memperkenalkan syariar aurat. Wanita harus menutup hampir seluruh tubuh mereka. Supaya para lelaki dapat menjaga mata mereka dan untuk menjaga kehormatan seorang wanita. Hanya ada yg berpandangan kebebasan itu ialah membebaskan helaian rambut wanita. Namun dapat kita lihat, wanita yg tutup rambutnya itu lebih tinggi kehormatan daripada yg mempertontonkannya. Hal ini kerana mereka menuruti kewajiban tuhan dan satu lagi mengingkari tuhan. Sementara eropah mempergunakan perempuan untuk melayani nafsu dan bertukar2 wanita. Islam menjaga kehormatan mereka.
Islam membenarkan wanita untuk berkahwin lagi setelah suami mereka menginggal. Hal ini berbeza dengan tamadun lama India yg mewajibkan Isteri harus pergi bersama suami.
Islam mengharamkan pembunuhan anak. Tidak mengira lelaki dan perempuan. Hal ini memusnahkan budaya jahiliah Quraisy membunuh anak perempuan.
Islam membenarkn wanita ke medan perang. Juga Islam membenarkan wanita menjadi Khalifah atau memimpin. Islam juga membenarkan wanita berdagang.
Namun di kala wanita Islam dibenarkan berbuat hal-hal demikian, Islam tetap menetapkan penjaga bagi mereka iaitu ayah mereka. Kemudian Islam menetapkan suami mereka pula sebagai penjaga mereka. Sehinggakan ayah / suami wajib memberi nafkah kepada mereka. Agaknya apalah sebab utama ayah / suami bekerja kalau bukan kerana ingin menjaga wanitanya?
Setelah Islam menggariskan hal demikian. Adakah wanita masih rasa dirinya dizalimi? Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment