Kesesatan Ahbash

OLEH: Taufiq Tuah

Kali ini, kami ingin memperkenalkan para pembaca tentang 'Ahbash'.

Daripada Laman Web Fatwa JAKIM e-fatwa diterangkan seperti berikut,
"Al-Ahbash merupakan kumpulan yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah ibn Muhammad bin Yusuf al-Harari yang berasal dari Habshah. Mereka mula bergerak aktif di Lubnan pada pertengahan tahun 80-an melalui pertubuhan kebajikan yang bernama Jam’iyyah al-Mashari’ al-Khayriyyah al-Islamiyyah."

"........ Antara tokoh yang dikritik keras oleh mereka ialah Ibn Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abd Wahhab. ......."

Golongan Ahbash ini banyak menghukum sesat kepada ulama-ulama. Antara ulama yang disesatkan ialah Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah , Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab , Ibnu Qayyim Al-Jauziy, Sheikh Mutawalli Sya'rawi dan ramai lagi.

Mereka juga membawa dan menyokong akidah yang menyimpang dan menyeleweng.

Di bawah ialah pandangan ulama tentang 'Ahbash'.


Dr Sheikh Yusuf Al-Qardawi berkata di dalam kitabnya 'Fatawa Muasarah',
“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. 



Sheikh Abdul Aziz Bin Baz menegaskan,
Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat,ketua mereka Abdullah al-Habsyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari akidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.
(No ruj.Fatwa;1/2392. Bertarikh:30/10/1406 hijrah)


Sheikh Dr. Wahbah Zuhaili pernah ditanya,
Syeikh telah ditanya : Ada seorang pemuda telah meminang adik perempuan saya. Setelah selesai peminangan dia berkata kepada adik saya itu bahawa dia dari kumpulan ahbash, apakah aqidah yang dipegang oleh kumpulan ini. Kalau sekiranya adik  perempuan saya berkhawin dengannya apakah hukum perkhawinannya?

  Dr.Wahbah al-Zulhailiy menjawab: Kami menyatakan bahawa Muslim apabila benar agamanya maka dia seorang islam. Dibolehkan berkahwin dengannya,tetapi saya menasihati saudara agar tidak bersetuju di atas perkahwinan tersebut. Ini disebabkan kumpulan ini mempunyai pemikiran dan padangan yang tidak selari dengan majoriti umat islam. Maka kemungkinan disana akan menyebabkan masalah dan pertelingkahan dengan sebab pandangan-pandangan yang pelik yang dipegang oleh mereka. Ini merupakan nasihat. Wallahu a’alam.

Lihat : http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuest=jUxw1j)




Sheikh Ali Jumuah pula menegaskan,
Kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yang menyandarkan diri mereka kepada seorang yang bernama Abdullah Al-Harari Al-Habshi. Kumpulan ini mempunyai wajah zahir dan batin. Zahir mereka  seolah-olah berpegang kepada  mazhab imam Syafi’I dalam masalah fikah dan mazhab Asy’ari dalam masalah aqidah.Adapun batin mereka,merka mengkafirkan orang islam dan memfasikan orang-orang mukmin serta menimbulkan fitnah dalam umat ini serta agen bagi musuh –musuh  islam dan  mukmin.

  Gerakan yang buruk ini telah dimulakan oleh ketuanya yang telah disebutkan (Abdullah Al-Harari)dimana dia mempelajari ilmu syariah di Habsyah kemudian dia bekerja dengan pihak berkuasa yang menentang kaum muslimin sehinggalah terbongkar rahsia nya selama 2 tahun. Lalu dia lari pula ke Mesir dan menyebunyikan keadaan dirinya yang sebenar sehingga ada rakyat di Negara ini dan ulamanya yang mengikut gerakannya. Dia menghadiri beberapa pengajian di Al-Azhar Asy – Syarif dan bekerja sebagai pentafsir kitab di beberapa tempat percetakan.

  Kemudian dia berpindah pula ke Beirut di mana dia mula mempengaruhi pemuda-pemuda di sana sehingga menjadi pengikut gerakannya.Dia juga menjadi pentashih kitab di beberapa syarikat penerbitan kitab di Lubnan.

  Dia mula melakukan kerjasama dengan Parti Al-Kataib dan kaum yahudi di selatan Lubnan . Pada tahun 70-an dia mula menyebarkan mazhabnya dan mengkafirkan kaum muslimin terutamanya Ibnu Taimiyyah , Muhammad Bin Abdul Wahab dan pembesar-pembesar mazhab Hanbali serta semua ulama yang tidak sependapat dengannya beralasan mereka menyalahi mazhab Al-Asy’ari dan mazhab Syafie menurut kefahamannya sendiri. Dia menyuruh pengikut-pengikutnya menimbulkan kekacauan di mana sahaja mereka berada.

 Maka kita dapati mereka menimbulkan  isu berkenaan arah kiblat di Amerika menyalahi prosedur ilmu moden kerana ingkar dengan realiti sebenar serta menganggapnya sebagai bidaah. Begitu juga di Jepun . dan meraka juga menimbulkan isu solat di belakang selain Ahbash, masalah makanan dan berkhawin dengan ahli kitab serta lain-lain daripada pekara khilaf dari kalangan ulama Mujtahidin yang muktabar sepanjang zaman.

   Mereka berpendapat pergaulan bebas lelaki dan perempuan halal dan mengkafirkan pemerintah islam dan mengharuskan kerjasama dengan kaum musyrikin yang merupakan kecelaruan yang amat aneh serta tidak pernah wujud dalam mana –mana puak sebelum mereka.

   Mereka pada mulanya mengisytiharkan bahawa pemimpin mereka telah mati kemudian mengisytiharkan pula pemimpin mereka masih hidup dan tidak siapa pun tahu penyakit mental jenis apakah yang menimpa puak ini sehingga mereka bercakap tanpa mereka ketahui (apa yang mereka cakapkan).

   Dengan kemunculan kumpulan pelik ini sebeginilah yang menjadikan setiap orang islam hidup dalam fitnah dan perpecahan. Beberapa pihak berkuasa islam yang muktabar telah mengeluarkan amaran berkenaan kumpulan ini antaranya Majmak Buhus Islamiah Al-Azhar, Majlis Fatwa Saudi , Majlis Fatwa Amerika Utara dan lain-lain.

   Oleh kerana mereka ini terus dibelit dengan belitan iblis,maka  mereka tidak menyebarkan buku-buku mereka yang mengandungi batin mereka serta iktikad mereka. Oleh itu,kita dapati buku-buku pemimpin mereka mengandungi pekara-pekara biasa sahaja sebagai satu langkah menarik orang menyertai mereka dan menyesatkan mereka yang terpedaya . Kebanyakan pengikut yang menyedari hakikat ini ramai yang kembali dan bertaubat serta berlepas diri dari kumpulan ini.

Betapa bahayanya fahaman ini.

Di Malaysia, mungkin gerakan Ahbash ini tidak ada.. Namun, begitu ramai orang yang mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai pemikiran seperti Ahbash. Kadang-kala dikalangan mereka adalah para ustaz dan ustazah.

Antara pemikiran mereka yang banyak menjadi ikutan orang kita ialah,
1. Mengatakan bahawa Allah itu ada 20 sifat. (Sebagaimana kebiasaan Asyaariah)
2. Allah itu tidak bertempat
3. Ulama-ulama seperti Ibnu Taimiyyah adalah sesat.
4. Mengangkat tarekat termasuklah tarekat Naqsyahbandi Al-Aliyyah.


“Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.” 
- Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah. 



Wajah Abdullah Al-Harari.



Untuk merungkai lagi kesesatan yang telah dibuat oleh Ahbash, boleh ke link web berikut :

1. http://ahbash-sesat.blogspot.my/
2. http://ahbash-jahil.blogspot.my/
3. http://ahbash-deviated.blogspot.my/


___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments